October 30, 2013

6 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA NADIYATUL NISAA'

Posted by Admin

type='html'>
Gambar menarik Nadiyatul Nisaa’ Kamaruddin, 28, isteri kepada Saiful Razman Mohd Kassim serta satu-satunya anak mereka, Omar, 3. Nadiya yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Adam dan Hawa, kini semakin aktif berlakon.

“Dalam kesibukan jadual yang tidak menentu, saya masih memberikan keutamaan kepada anak dan keluarga," demikian kata Nadiya.

Klik untuk imej besar...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

View the original article here


View the original article here

October 28, 2013

Berpuluh pelajar, ulama lawan bomoh sihir

Posted by Admin


Gara-gara laporan dukun 'serang' agensi antirasuah

JAKARTA: Berpuluh-puluh penuntut sekolah agama dan ulama seluruh wilayah Banten mengunjungi ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) Indonesia selepas KPK dilaporkan kena sihir.

Salah seorang pelajar yang hadir, Dudung Abdurrahman, berkata kumpulan berkenaan membaca al-Quran untuk melindungi KPK daripada sebarang usaha mistik untuk menghalang siasatan ke atas dinasti politik Banten yang dicemari rasuah.

“Ini adalah inisiatif kami sendiri menunjukkan sokongan moral kepada KPK. Ia juga bertujuan supaya KPK tidak takut dengan sebarang ilmu hitam,” katanya.

Penyokong Gabenor Banten, Ratu Atut Chosiyah dan keluarganya dituduh menggunakan pakar ilmu hitam untuk mengugut KPK.

Khabar angin mula kedengaran mengenai keluarga Ratu Atut sejak penangkapan saudaranya, Tubagus Chaeri Wardhana, yang dituduh menipu dalam pilihan raya Daerah Lebak.

Ratu Atut dikatakan dilindungi sekumpulan jawara - pemimpin berpengaruh yang mahir dalam seni mempertahankan diri Indonesia dan diberi ‘kuasa’ oleh dukun.

Seorang dukun yang mendakwa mengenali keluarga Ratu Atut, Ki Gendeng Pamungkas, berkata siasatan KPK ke atas keluarga wanita itu akan kembali menghantui mereka.

“Ahli sihir di Banten, Sukabumi dan Cianjur Selatan akan serang pemimpin KPK. Mereka akan lakukannya tanpa arahan Atut atau pihak lain.

“Ahli sihir akan serang mereka kerana bapa Atut yang mati, Chasan, ada hubungan rohani dengan ahli sihir di wilayah itu,” katanya yang dipetik Tribunnews.com.

Pamungkas berkata, ahli sihir sudah pun menjampi beberapa pemimpin KPK dan sebahagian anggota suruhanjaya itu sudah diserang.

“Namun sudah pasti mereka tidak akan mengaku,” katanya selepas keluarga Ratu Atut menafikan dakwaan itu.

“Atut orang moden, jadi tiada ilmu hitam terbabit,” kata jurucakap Ratu Atut, Fitron Nur Ikhsan.

Bagaimanapun, KPK tidak takut mengenai kemungkinan diganggu ilmu hitam dan memperluas siasatan rasuah yang kini membabitkan agensi kesihatan Banten.

“Biarlah Atut dilindungi jawara kerana KPK dilindungi Tuhan,” kata ketua KPK, Abraham Samad, kepada Detik.com awal bulan ini. - AGENSI

BH



View the original article here


View the original article here

Sikap Tidak Matang Pekin Ibrahim Punca Tuduh Uqasha Curang?!

Posted by Admin

type="html">
Kelmarin, kecoh sekejap dengan kisah keretakan hubungan percintaan pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose.

Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose

Puncanya, Pekin mendakwa Uqasha curang dengan menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad dan mendakwa mempunyai bukti tentang perkara itu.

Lebih panas lagi, dia mengatakan bahawa ini merupakan kali ketiga kekasihnya itu menipu dirinya.

Kenyataan itu kemudiaannya dinafikan oleh Uqasha yang nyata kecewa dengan tindakan Pekin yang memberi kenyataan melulu kepada media tanpa berbincang dengannya.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas kisah itu tersebar di laman maya, Pekin tampil menjelaskan bahawa ia hanyalah salah-faham semata-mata dan sudah meminta maaf dengan kekasihnya itu.

Persoalannya, dengan siapakah Uqasha pernah ‘curang’ sebelum ini, seperti yang didakwa Pekin?

Atau adakah dakwaan kecurangan itu hanya direka oleh dirinya yang mungkin sedang ‘angin satu badan’ sewaktu dihubungi pihak media?

Jika benar ia hanya rekaan semata-mata, memang rabaklah hati Uqasha. Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Uqasha ini mungkin menggambarkan apa yang dirasakannya saat ini:

Uqasha Pernah Curang Atau Pekin Tak Matang?

Lain kali, sebelum nak buat sebarang kenyataan, bincanglah dulu dengan pasangan. Ini tidak, merajuk sampai tak mahu dengar penjelasan kekasih.

Kalau susah sangat, putuskan je la!

Sumber: Mynewshub



View the original article here


View the original article here

Eksklusif!!! Gambar Panas @abby_abadi112 Mula Bertebaran Di #PRKSgLimau

Posted by Admin


Memang amat menyedihkan dan admin tumpang simpati di atas musibah yang menimpa Abby Abadi siang tadi di sekitar Sungai Limau.

Mungkinkah itu adalah pembalasan di atas setiap kenyataannya yang sering memburukkan UMNO dan Barisan Nasional.

Jika diperhalusi, UMNO adalah satu- satunya parti yang berusaha menegakkan agama Allah apabila turut mempertahankan kalimah itu daripada membenarkan kalimah suci Allah digunapakai kristian.

Sedangkan sesetengah PAS lebih selesa bersekongkol dengan Pakatan Rakyat untuk menghalalkan penggunaan kalimah Allah kepada kaum kafir laknatullah.

Mungkin disebabkan itu jugalah musibah ini menimpa beliau kerana tegar menyokong PAS.






View the original article here


View the original article here

Angelina Jolie Angkat Payudara ?

Posted by Admin



Bintang filem Hollywood Angelina Jolie menjalani prosedur mastektomi ganda untuk mengangkat kedua payudaranya. Keputusan itu terpaksa dilakukannya kerana ia mengalami mutasi sejenis gen tertentu yang meningkatkan risiko mengalami kanser payudara.

Jolie berkata , beliau memulakan proses pelantikan payudaranya di awal Februari lalu. Ia melakukannya kerana berkaca pada pengalaman ibunya, Marcheline Bertrand , yang meninggal di usia 56 tahun setelah 10 tahun berjuang melawan kanser ovari.Jolie , yang telah dikurniakan enam anak , mengetahui dirinya mempunyai gen yang bermutasi setelah melakukan pemeriksaan gen beberapa waktu lalu. Mutasi gen yang dimiliki pasangan pelakon Brad Pitt itu adalah untuk gen yang dinamakan BRCA1 sehingga sangat meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Gen BRCA1 berkaitan dengan gen BRCA2 yang termasuk dalam gen manusia dan dikenali sebagai penekan tumor.Menurut National Cancer Institute ( NCI ) Amerika Syarikat , pada sel normal , gen BRCA1 dan BRCA2 justru membantu untuk menjaga kestabilan bahan genetik sel, iaitu DNA , dan membantu menjaga pertumbuhan sel yang tidak terkawal . Namun , gen yang bermutasi malah berkaitan dengan pembangunan risiko genetik dari kanser payudara dan ovari.

Dianggarkan 12 peratus wanita dalam populasi umum boleh menderita kanser payudara selama hidupnya.Namun, wanita dengan gen BRCA1 dan BRCA2 yang bermutasi mempunyai risiko kanser payudara yang meningkat secara drastik. Dianggarkan kira-kira 60 peratus wanita dengan gen mutasi didiagnosis dengan kanser payudara.

Menurut NCI , wanita yang mempunyai gen bermutasi punya risiko lima kali lebih besar dalam berkembangannya kanser payudara berbanding mereka yang tidak. Mutasi gen ini paling umum dijumpai pada wanita Yahudi di Eropah Timur. Selain itu , perempuan Norway , Belanda , dan Ireland juga mempunyai kadar mutasi yang tinggi terhadap gen BRCA1 dan BRCA2 .

Ahli bedah payudara di Claveland Clinic , dr Michael Cowher , mengatakan, mutasi gen BRCA bukan hanya mempengaruhi payudara wanita. Lelaki yang membawa gen mutasi ini juga menghadapi peningkatan risiko kanser payudara dan kanser prostat. Mutasi gen tersebut juga meningkatkan risiko kanser pankreas bagi orang yang membawanya.

Cowher mengatakan, mastektomi ganda sebenarnya bukan satu- satunya penyelesaian yang boleh dipilih. Ada beberapa pilihan lain yang boleh dibincangkan dengan doktor , antara lain kemoprevensi dengan rawatan seperti tamoksifen . Selain itu , ada pula peningkatan kekerapan pemeriksaan klinikal dan rejimen saringan berdasarkan pengimejan .

Berdasarkan keterangan NCI , prosedur mastektomi ganda bertujuan untuk menghilangkan sebanyak mungkin rangkaian yang berisiko untuk mengurangkan risiko kanser. Namun, bukan berarti prosedur ini dapat melindungi sepenuhnya dalam melawan kanser.

Kepala Pembedahan Onkologi di Lenox Hill Hospital di New York City dr Stephanie Bernik mengatakan, mastektomi ganda merupakan pilihan terbaik bagi seseorang yang mengalami mutasi gen.

" Risiko kanser sangatlah tinggi dan pengawasan kanser saja tidak memberikan jaminan kita mampu mengesan kanser sejak peringkat awal ," ujarnya.

Bernik mengatakan, saat ini lebih banyak wanita yang mau menjalani prosedur pelantikan payudara. Pilihan pembinaan semula payudara meningkat pada 15 tahun terakhir. " Paling tidak, wanita boleh lebih percaya diri , walaupun payudaranya telah diangkat, " katanya.

Sumber: Kompas.com

View the original article here


View the original article here