7 Gambar - 80 Rumah Hanyut Banjir Lumpur di Cameron Highland
Posted by Admin
7 Gambar - 80 Rumah Hanyut Banjir Lumpur di Cameron Highland | Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal pagi Rabu.
Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.
"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilangmasih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.
Beliau berkata, dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang Selasa.
Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu.
"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.
Mohd Zahari berkata seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.
"Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands," katanya.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan seawal jam 7.30pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu.
"Seramai 243 anggota penyelamat terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasiitu," katanya. - BERNAMA
Artikel Menarik
http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2013/10/23/mstar_jenayah/20131023133759&sec=mstar_jenayah

- Uqasha Senrose Curang, Pekin Mahu Putus Tunang?
- Gambar Pra Perkahwinan Rozita Che Wan Di Kota London
- Sadis - Remaja Perempuan Maut di Sumbat Dalam Beg
- Rihanna Kena Halau Dari Masjid Abu Dhabi
- Nazim Othman Akui Ke Eropah Bersama Bella Dally
- Alhamdulillah, Brunei Kini Laksana Hukum Hudud
http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2013/10/23/mstar_jenayah/20131023133759&sec=mstar_jenayah
View the original article here
0 comments: