Isu Sharnaaz & Pekin Kini Selesai
Posted by Admin
Isu Sharnaaz & Pekin Kini Selesai | Sharnaaz Ahmad dilaporkan telah bertemu dengan Pekin Ibrahim pada malam Rabu bagi meleraikan tuduhan kononnya dia menjadi penyebab hubungan Pekin dengan Uqasha Senrose putus.
Menurut Sharnaaz, dalam pertemuan itu dia menjelaskan kepada Pekin tentang tuduhan dia mempunyai hubungan sulit dengan Uqasha sebenarnya adalah satu fitnah sementara hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan sekerja.
“Saya berjumpa dengan Pekin untuk berbincang bagaimana hal ini boleh terjadi. Dan syukurlah Pekin faham penjelasan saya dan dia turut meminta maaf kerana salah faham terbabit.
“Saya percaya, ada pihak yang menyampaikan cerita tidak betul kepada Pekin untuk melaga-lagakan kami,” jelas Sharnaaz ketika dihubungi wartawan.
Terdahulu akhbar pada Khamis melaporkan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, mendakwa tunangnya iaitu Uqasha Senrose, sudah beberapa kali berlaku curang termasuklah menjalinkan hubungan sulit dengan Sharnaaz Ahmad.
Malah Pekin turut mendakwa mempunyai bukti terhadap tuduhan bekenaan. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, pula menerusi laporan yang sama menafikan dakwaan Pekin sebaliknya menuntut pelakon itu mengemukakan bukti sebelum membuat sebarang tuduhan selain mendakwa kekasihnya seorang yang panas baran.
Kedua-dua pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.
Artikel Menarik
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/10/24/mstar_hiburan/20131024124248&sec=mstar_hiburan

- 14 Gambar Tragis Pegawai Bank Maut Ditembak Pengawal Keselamatan
- 2 Maut, 2 Cedera Budak Penghantar Barang Mengamuk di Gombak
- Pekin Ada Bukti Hubungan Sharnaaz Dengan Uqasha
- Video Pegawai Bank Maut Di Tembak
- Video Amukan Maut di Gombak
- Uqasha Nafi Curang, Mahu Pekin Tunjuk Bukti
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/10/24/mstar_hiburan/20131024124248&sec=mstar_hiburan
View the original article here
0 comments: