Johan As'ari Bersyukur Shila Amzah Jadi Teman
Posted by Admin
Johan As'ari Bersyukur Shila Amzah Jadi Teman | Johan As'ari yang juga pelakon utama filem ‘Balada Pencinta’, menyatakan bahawa dia bersyukur dapat mengenali Shila Amzah sebagai teman rapatnya.
“Hubungan kami hanya sekadar teman rapat sahaja. Walaupun terdapat gambar-gambar kami berdua di laman Instagram dan orang anggap kami bercinta, tapi sebenarnya kami rapat sebagai kawan. Saya bersyukur dapat mengenali Shila kerana dia adalah seorang gadis yang baik dan cantik,” kata Johan ketika ditemui di majlis tayangan media filem ‘Balada Pencinta’ di Cathay Cineplex, Cineleisure Damansara.
Johan juga menjelaskan mengenai perihal pertunangannya yang diperkatakan sebelum ini. Menurut hero filem ‘Juvana The Movie’ ini, dia tidak pernah berjanji kepada sesiapa mengenai hal pertunangan.
“Mengenai tunang, saya tak pernah janji dengan sesiapa pun. Saya hanya meletakkan sasaran untuk bertunang pada hujung tahun ini, bukannya berjanji. Saya juga berkawan dengan ramai wanita, tapi saya bukannya kaki perempuan kerana saya belum pernah melafazkan cinta kepada mana-mana wanita. Saya hanya mampu merencanakan sesuatu perkara itu. Saya sudah mencuba untuk meletakkan sasaran untuk bertunang pada penghujung tahun ini, tapi jika belum waktunya, saya terima dengan terbuka,” ulas Johan.
Dalam perkembangan lain, filem terbaru lakonannya, ‘Balada Pencinta’ bakal menjengah pawagam di seluruh Malaysia pada 24 Oktober. Johan memainkan watak sebagai Amir disamping aktres Siti Saleha.
Artikel tentang Johan As'ari dan Shila Amzah
Artikel Menarik
http://www.gua.com.my/berita-artis/Johan_As_ari_Bersyukur_Kenali_Shila_Amzah.html

- Kecewa Di Tuduh Jadi Punca, David Teo Dedah Kontrak
- Diana Amir Bakal Bernikah 25 Oktober Ini?
- Gambar Memey & Abby Sambut Aidiladha Bersama
- Gambar Manisnya Ika Nabella Bila Bertudung
- Nubhan Akui Kekasih Anak Orang Kenamaan
- Aidil Adha Pertama Fouziah Gous Dan Zhafran
http://www.gua.com.my/berita-artis/Johan_As_ari_Bersyukur_Kenali_Shila_Amzah.html
View the original article here
0 comments: