October 21, 2013

Remaja Perempuan Gaduh Pukul Sampai Pengsan

Posted by Admin

Remaja Perempuan Gaduh Pukul Sampai Pengsan | Apa nak jadi dengan dunia remaja sekarang. Nampaknya remaja kita semakin parah dilanda budaya sosial yang tidak terkawal. Terkini satu pergaduhan membabitkan 3 remaja perempuan sehingga mangsa yang dipukul pengsan. Bila dah masuk akhbar dan jadi viral dilaman sosial....sendiri mau ingat la akibatnya.....

Remaja Perempuan Gaduh Pukul Sampai Pengsan

“Kau ni lah yang perasan cantik... kau pukul adik angkat aku kan? Kau bangunlah bodoh, bangun..kau ni bodoh, bodoh.”

Itu antara dialog dua remaja perempuan sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang remaja perempuan lain dipercayai rakan mereka yang rakaman videonya tersebar menerusi Facebook dan YouTube sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di sebuah negeri pantai timur di kawasan tepi pantai dan kedua-dua suspek itu bukan saja menyepak rakan mereka malah turut mengaibkan mangsa dengan menarik kemeja-T yang dipakainya ke atas.

Remaja Perempuan Gaduh Pukul Sampai Pengsan

Video berdurasi 2 minit 24 saat itu tersebar secara meluas di laman sembang sosial dan dipercayai ia dirakam seorang lagi rakan mereka sebelum memuat naik video itu ke Facebook dan YouTube.

Difahamkan, mangsa yang juga kenalan kepada adik angkat kedua-dua remaja perempuan itu dikatakan pernah memukul adik angkat mereka dan suspek dipercayai bertindak membalas dendam terhadap mangsa.


Artikel Menarik
sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/2013102106154320131021061543//Article?HarianMetro

View the original article here


View the original article here

0 comments: