October 25, 2013

Sadis - Remaja Perempuan Maut di Sumbat Dalam Beg

Posted by Admin

Sadis - Remaja Perempuan Maut di Sumbat Dalam Beg | Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan remaja perempuan, Ng Yuk Tim, berusia 15 tahun yang ditemui dalam beg berwarna hijau di tepi Jalan Kebun Nenas 1A/KS7, Shah Alam kira-kira 9 malam tadi.

Remaja Perempuan Maut di Sumbat Dalam Beg

Lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Oetaling Jaya pada pukul 5 petang untuk disoal siasat.Difahamkan suspek bekerja sebagai operator mesin dan mangsa yang baru selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu adalah kenalan dan dikatakan mengenali antara satu sama lain melalui internet beberapa bulan lalu.

Sekumpulan wartawan menunggu di IPD berkenaan untuk mendapatkan komen daripada pihak polis serta keluarga Ng sejak pukul 8 malam Selasa.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mangsa dilaporkan hilang sejak pukul 11 pagi semalam dan dipercayai dibunuh petang semalam.

"Mayat remaja itu ditemui lengkap berpakaian dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan di tepi jalan kawasan semak. Terdapat kesan kecederaan di kepala dan tangan, polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya ketika ditemui di lokasi penemuan mayat itu malam ini.

Remaja Perempuan Maut di Sumbat Dalam Beg

Kali terakhir mereka berhubung dengan Yuk Tim, pada pukul 2.30 petang Isnin apabila dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya, mengajaknya keluar minum pada malam berkenaan.

Rakannya itu telah membalas SMS mangsa beberapa minit kemudian namun ia gagal diterima. Remaja berkenaan meninggalkan rumahnya pada pukul 11 pagi Isnin untuk bersarapan dengan beberapa orang rakannya.

Sementara itu, Presiden Komuniti Kepolisan, Kuan Chee Heng memberitahu, ibu remaja terbabit meminta bantuan mencari anaknya itu hari ini selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam sebaik sahaja keluar bersama teman lelakinya.

Beliau berkata, teman lelaki mangsa mendakwa dia telah menghantar mangsa ke sebuah stesen LRT selepas berjumpa mangsa dan melalui maklumat tersebut, mereka cuba mencari mangsa di sekitar kawasan itu.

"Pencarian tersebut gagal sehingga saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada suspek selepas ternampak tanda gigitan pada tangan suspek," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini malam ini.

Menurut Chee Heng, selepas didesak suspek yang berusia 23 tahun itu mengaku membunuh mangsa selepas cuba merogol remaja terbabit di Kampung Cempaka, Sungai Way sebelum mayatnya dicampak di Klang. Suspek kini dalam tahanan polis bagi membantu siasatan lanjut.


Artikel Menarik
sumber
http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2013/10/23/mstar_jenayah/20131022224117&sec=mstar_jenayah
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131023/je_02/Remaja-perempuan-dibunuh-kejam#ixzz2iV8WsAoS 


View the original article here


View the original article here

0 comments: