October 22, 2013

"Adi Tak Pernah Guna Orang Bantu Gugur Kes" - Aida Yusof

Posted by Admin

"Adi Tak Pernah Guna Orang Bantu Gugur Kes" - Aida Yusof | Berikutan artikel yang keluar pada Ahad lepas di bipop yang mendakwa Adi Putra menggunakan individu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan, isteri Adi, Aida Yusof memberikan sedikit kenyataan setelah pihak media gagal menghubungi pelakon terbabit.


"Saya baru sahaja mengetahui perkara tersebut (dakwaan Adi menggunakan individu berpengaruh) hari ini (semalam) kerana tidak membeli akhbar Ahad lalu.

"Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan.

"Namun,  ingin saya tegaskan di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri pihak berkenaan," jelasnya.

Menurut Aida lagi, dia tidak mengetahui perkembangan terkini kes berkenaan dan info terakhir yang diketahuinya pihak forensik telah selesai melakukan siasatan.


"Saya tahu perkara itu  dari akhbar dan perkara lain saya tidak dimaklumkan. Tetapi sebaik sahaja kami memperoleh keputusan siasatan, Adi akan mengeluarkan kenyataan akhbar seperti yang dijanjikan," katanya.

Ditanya mengenai niat sesetengah pihak yang barangkali cuba memanaskan  kes itu, Aida berkata, dia tidak mahu bersangka buruk dan amat menghormati tugas wartawan dan juga polis.

Artikel Menarik
sumber
http://www.sinarharian.com.my/aida-mohon-semua-pihak-bersabar-1.213246

View the original article here


View the original article here

0 comments: