October 20, 2013

Tasha Shila Nafi Buat Pembedahan Plastik

Posted by Admin

Tasha Shila Nafi Buat Pembedahan Plastik | Tasha Shilla menafikan dia melakukan pembedahan plastik bagi mencantikkan hidung dan payudara miliknya.

Tasha Shila Nafi Buat Pembedahan Plastik

Menurut Tasha, dia bersyukur dengan anggota tubuh semulajadi yang telah di kurniakan Allah S.W.T kepadanya.

"Saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik keatas tubuh saya, sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

"Bagi yang rapat dan pernah pegang muka saya tahu ia tidak berubah, jika nampak lain mungkin disebabkan teknik solekan semata-mata," katanya semalam.

Tasha dilaporkan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ruangan pojok sebuah akhbar mingguan yang melaporkan pelakon ini melakukan pembedahan plastik terhadap hidung dan payudara di Bali, Indonesia.

Bagaimanapun, Tasha mengakui ada melancong ke Bali bersama rakan artis lain termasuk Sharifah Sakinah.

"Saya ke Bali bukan kerana buat pembedahan sebaliknya pergi bercuti bersama rakan-rakan lain.

"Kalau benar saya ingin buat pembedahan plastik bukanlah di situ tempatnya," ujarnya.

Tambahnya, dia hanya menganggap perkara tersebut hanya isu kecil yang tidak perlu diperjelaskan.

Artikel Menarik
sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/10/17/mstar_hiburan/20131016210023&sec=mstar_hiburan

View the original article here


View the original article here

0 comments: