Showing posts with label Akhirnya. Show all posts

October 27, 2013

Kanak_Kanak Comel Akhirnya Jadi Artis

Posted by Admin

Kanak_Kanak Comel Akhirnya Jadi Artis | Seorang kanak-kanak di China yang mempunyai wajah comel semulajadi menjadi terkenal secara tidak sengaja setelah beberapa gambar comelnya itu tersebar di internet.

Kanak_Kanak Comel Akhirnya Jadi Artis

Gambar-gambar kanak-kanak perempuan ini tersebar dengan cepat di internet di China. Orang ramai menyebutnya "Jiuzhaigou Little" (Jiuzhaigou adalah sebuah kota di Sichuan, salah satu daerah di China).


Kanak-kanak ini terkenal kerana kecantikan semulajadinya. Orang ramai terpesona dan tertarik dengan kecantikannya dan ramai orang terkesima pada pandangan pertama.


Mengikut info dari internet, nama sebenar 'Little loli' adalah Meiling, dia juga mempunyai seorang adik perempuan bernama Meiyu dan tinggal di Beijing. Loli dikatakan mempunyai darah campuran antara China dan Eropah.

Kanak_Kanak Comel Akhirnya Jadi Artis

Artikel Menarik
          sumber
          http://billyinfo.blogspot.com/2013/04/inilah-kanak-kanak-tercantik-di-dunia.html

          View the original article here


          View the original article here

          October 23, 2013

          AKHIRNYA LIYANA JASMAY HAMIL 2 BULAN

          Posted by Admin

          type='html'> Bukan malu, tetapi mungkin bimbang berlaku sesuatu yang tidak disangka maka Liyana Jasmay terpaksa merahsiakan kehamilannya yang masuk bukan kedua. Iyalah... mungkin Liyana masih tidak rasa selamat sekiranya tidak masuk bulan ketiga agaknya.

          "Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk merahsiakannya, sebaliknya saya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi cerita tentang kehamilan ini.



          << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

          View the original article here


          View the original article here

          October 20, 2013

          Kisah Penerbit Filem Hina Nabi Akhirnya Peluk Islam

          Posted by Admin

          Kisah Penerbit Filem Hina Nabi Akhirnya Peluk Islam | Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini.
           
          Kisah Penerbit Filem Hina Nabi Akhirnya Peluk Islam

          Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya.
           
          Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.
             
          ”Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat.
           
          "Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,” beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam.

          Sambil tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.
           
          "Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam.
           
          "Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini.
           
          “Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.

          "Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa.
           
          "Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja.
           
          "Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah SAW dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia,” katanya.
           
          Fandor berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.
             
          Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi.  - Bernama


          Artikel Menarik
          sumber
          http://www.sinarharian.com.my/semasa/penerbit-filem-hina-rasulullah-tunai-haji-1.212466

          View the original article here


          View the original article here

          October 12, 2013

          Akhirnya Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Mengaku Suami Isteri!

          Posted by Admin

          type="html">
          Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami isteri.

          Akhirnya Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal

          Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.

          “Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.

          Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua, 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.

          Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aerial sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.

          Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

          Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.

          Sumber: mStar


          View the original article here


          View the original article here