Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts

October 25, 2013

Alhamdulillah, Brunei Kini Laksana Hukum Hudud

Posted by Admin

Alhamdulillah, Brunei Kini Laksana Hukum Hudud | Alhamdulillah, Brunei kini antara negara pertama di Asean yang melaksanakan hukum syariat Islam dengan melaksanakan hukum hudud. Sultan Brunei semalam mula memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Alhamdulillah, Brunei Kini Laksana Hukum Hudud

Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki yang terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.

Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.

“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya.

Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman hudud dilaksanakan pada 1996.

Brunei sebelum ini mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka. -AFP

Artikel Menarik
sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bruneilaksanahukumhudud/Article

View the original article here


View the original article here

October 19, 2013

Alhamdulillah, Allah Permudahkan Urusan Hambanya

Posted by Admin

Alhamdulillah, Allah Permudahkan Urusan Hambanya | Seorang lelaki berbangsa India dilaporkan telah menjadi saudara baru agama lslam dilaporkan meninggal dunia di hospital lpoh. Menurut info, keluarga allahyarham telah membawa jenazahnya ke rumahnya untuk disemadikan mengikut agama upacara Hindu.

Alhamdulillah, Allah Permudahkan Urusan Hambanya

Bagaimanapun, jemaah masjid datang untuk memberitahu yang allahyarham telahpun secara rasmi  memeluk agama lslam. Para jemaah masjid turut meminta izin untuk membaca tahalil untuk arwah. Alhamdulillah, Jemaah dibenarkan untuk membuat aktiviti tahalil.

Anak allahyarham telah berjanji untuk menghantar balik jenazah ke hospital besok (rabu lepas) untuk di kebumikan mengkut cara agama Islam. Pegawai hospital telah mengesahkan urusan mandi dan sembahyang dan kebumikan di Gurap.

Semua perbelanjaan telah dibayar oleh anak allahyarham kepada pihak hospital. Jenazah disempurnakan di tanah perkuburan Gurap, bertalkin dan bertahlil jam 3 petang Rabu. Alhamdulillah, segalanya selesai.

#Innalillahi Wainna Ilaihi Roji'un .. Ada yang dilahirkan sebagai umat agama islam..malang matinya kafir.. Ada yangg lahirnya belum Islam..alhamdulillah, matinya Islam... Renung2kan..

Artikel Menarik
sumber
http://hablulyuzi.blogspot.com/2013/10/allah-permudahkan-urusan-hambanya.html

View the original article here


View the original article here