Showing posts with label Bella. Show all posts

October 24, 2013

Nazim Othman Akui Ke Eropah Bersama Bella Dally

Posted by Admin

Nazim Othman Akui Ke Eropah Bersama Bella Dally | Menatap laman Instagram milik pelakon Nazim Othman, terdapat beberapa keping gambar bersama kekasihnya, Bella Dally. Menariknya, lokasi gambar berkenaan adalah di luar negara.

Nazim Othman Akui Ke Eropah Bersama Bella Dally

Nazim yang ditemui wartawan ketika satu sessi fotografi mengakui beliau ada ke eropah bersama Bella Dally, namun begitu tambah Nazim lagi,


"Ya, saya mengaku ada pergi ke Eropah dengan Nazim tetapi bukan kami berdua sahaja. Sebaliknya, ia turut disertai oleh beberapa rakan yang lain seperti Nabila Huda, Erma Fatima dan Elfira Loy pada Ogos lalu.


"Sebenarnya Nazim ke Eropah bertujuan untuk menjalani penggambaran telemovie dan drama bersiri arahan Erma Fatima, namun saya tidak terbabit dalam sebarang penggambaran dan sekadar mahu bercuti sahaja," akui pelakon berusia 22 tahun itu.

Ketika ditanya tentang tujuannya mengikuti kekasih hatinya itu ke Eropah, sedangkan dia langsung tidak terbabit dalam sebarang penggambaran, pemilik nama sebenar Nabilah Ali Dally itu menjelaskan bahawa semuanya bermula daripada ajakan Erma.

Menurut Bella, pengarah berkenaan pernah menyuruh Nazim supaya bertanya sama ada saya ingin turut serta pergi ke Eropah. Kemudian perkara tersebut terus disampaikan pula kepadanya.


"Sebenarnya saya sudah lama ingin bercuti ke Eropah tetapi masa selalu tidak mengizinkan. Kami pergi sekitar bulan Ogos lalu dan secara kebetulan pula jadual lakonan saya tidak padat.

"Saya memberi persetujuan untuk ikut semata-mata kerana menghormati ajakan daripada kak Erma. Kalau tidak, sudah tentu saya tidak turut serta kerana tidak mahu ganggu kerja orang lain," ujarnya yang mempunyai hubungan baik dengan Erma sejak menyertai program Pilih Kasih 1 dahulu.

Menurutnya, sepanjang berada di Eropah, dia ditemani oleh adik Erma iaitu Betty dan sempat pergi ke beberapa buah negara seperti Jerman, Austria, Switzerland, Itali dan Belanda selama dua minggu.


Ketika diminta mengulas mengenai hubungan yang terjalin dengan Nazim, pelakon kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu meminta seboleh-bolehnya perkara tersebut tidak terlampau didedahkan kepada umum.

Alasan Bella, dia enggan sekiranya kisah cintanya itu lebih diberi perhatian berbanding kerjaya lakonannya. Pada masa sama, dia bukanlah jenis yang suka bercerita mengenai cinta, termasuk kepada ahli keluarga- nya sendiri.


"Bagi saya, kisah cinta itu adalah milik peribadi sendiri dan tidak perlu terlampau didedahkan kepada umum. Biarlah setakat orang tahu yang kami ini sedang bercinta, selebihnya biarlah tidak diceritakan.

"Selain itu, kami sepakat untuk elak daripada menjalani sesi fotografi berdua tetapi kalau digandingkan dalam lakonan, kami tidak kisah kerana ia berkaitan kerja dan rezeki," ujarnya yang belum pernah berkesempatan bergandingan dengan Nazim sejak mereka bercinta pada tahun lalu.


Artikel Menarik
    sumber
    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2iTQWebMH 


    View the original article here


    View the original article here

    October 21, 2013

    Bella Dally Simpati Dengan Nasib Nazim Othman

    Posted by Admin

    Bella Dally Simpati Dengan Nasib Nazim Othman | Dakwaan sesetengah pihak tentang status Nazim Othman yang dikatakan meminati kaum sejenis membuatkan kekasihnya, aktres Bella Dally berasa kasihan terhadap pelakon itu.

    Bella Dally Simpati Dengan Nasib Nazim Othman

    Menurut Bella, dia tidak begitu ambil pusing dengan gosip itu termasuklah tuduhan dia menjalinkan hubungnya semata-mata mahu menutup kisah sebenar Nazim.

    "Saya tak pernah bengang apabila mendengar orang kata begitu kerana kami saling percaya di antara satu sama lain.

    "Mungkin kerana kami tidak dilihat terlalu kerap bergambar dan kemudian memuatkannya dalam laman sosial membuatkan ada pihak merasakan hubungan cinta kami sekadar penipuan," katanya kepada wartawan.

    Tambah pelakon drama Dewi Lasak ini, dia juga enggan terlalu kerap menceritakan mengenai hubungan mereka kerana lebih berminat untuk peminatnya memberi perhatian terhadap bakat lakonannya.

    Dalam pada itu, anak kelahiran Sabah ini memberitahu dia dan Nazim belum mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

    "Sekarang ini, kami mengejar cita-cita untuk menjadi pelakon yang bagus. Banyak perkara yang perlu diasah lagi sebelum nama kami kukuh dalam industri seni hiburan tempatan," ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, Bella baharu saja selesai penggambaran drama +1 untuk siaran TV9 dan drama Kalimah Jiwa untuk TV3.

     Artikel Menarik
        sumber
        http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/10/21/mstar_hiburan/20131017162643&sec=mstar_hiburan


        View the original article here


        View the original article here