Showing posts with label Bukti. Show all posts

October 25, 2013

Uqasha Nafi Curang, Mahu Pekin Tunjuk Bukti

Posted by Admin

Uqasha Nafi Curang, Mahu Pekin Tunjuk Bukti | Sebelum ini Pekin Ibrahim telah mendakwa kekasihnya, Uqasha Senrose curang kerana menjalin hubungan sulit dengan seorang pelakon lain, Sharnaaz Ahmad. Namun, ketika dihubungi wartawan, Uqasha menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pekin terhadap dirinya itu.


Dengan nada sedih bercampur kecewa, menurut Uqasha, dia tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan Sharnaaz bahkan beliau juga tak menyangka tindakan yang sanggup memburukkannya dengan keadaan sedemikian rupa.

Atas tindakannya itu, ulas Uqasha, orang ramai akan menuding jari mengatakan dia gadis yang jahat lalu mengaitkan kembali kontroversi lalunya dengan pelawak Nabil Ahmad selepas foto kononnya mereka bercium tersebar di internet.

“Saya tidak sangka seorang pelakon yang sudah 16 tahun dalam industri tergamak memberi kenyataan melulu kepada media tanpa berbincang dahulu dengan saya.

“Saya tiada hubungan langsung dengan Sharnaaz,” tegasnya yang terkejut dengan berita mengenai keburukannya dari mulut Pekin.

Bicara lanjut mengenai hubungannya dengan Pekin, kata Uqasha, mereka kini sudah putus tetapi punca perpisahan tersebut bukan kerana orang ketiga.

Jelasnya dengan nada rintih, kalau boleh dia tidak mahu mengaibkan Pekin, namun dia terpaksa memberi kenyataan kerana tindakan bekas kekasihnya itu.

“Kami bergaduh dan kemudiannya putus bukan disebabkan orang ketiga. Ia berpunca daripada sikap kasar dan panas barannya.

“Walaupun dia tidak pernah memukul saya tetapi dia sering memarahi dan memutus hubungan kami. Selang lima minit kemudian dia akan memujuk saya semula,” ungkapnya masih menerima Pekin atas rasa cinta yang masih menebal.

Tegas pelakon berusia 21 tahun itu, jika benar Pekin mempunyai bukti mengatakan dia curang sila tunjukkan.

Uqasha juga mengakui berasa sangat sedih kerana ketika dia masih bersama Pekin, pelakon tersebut selalu menaburkan pujian terhadapnya di media. Sebaliknya, bila sudah putus Pekin sanggup mencanangkan keburukan bekas kekasihnya itu.

“Biarpun usianya sudah 32 tahun, sebenarnya pemikirannya sangat cetek dan perangai dia sangat kebudak-budakan. Saya mengakui masih muda dan banyak buat silap.

“Disebabkan itu saya perlukan seseorang yang matang untuk membimbing tetapi tidak sangka pula dia bukan seperti yang saya harapkan,” ungkapnya.

Disoal sama ada dia akan menerima kembali Pekin selepas ini, kata Uqasha dalam nada sedih, dia tidak tahu apa yang terjadi selepas ini.

Luahnya: “Perasaan sayang saya terhadapnya masih ada. Saya percaya masih ada sikap baik dalam dirinya itu. Saya tidak akan membencinya.”


Artikel Menarik
sumber
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2id16ikXy 


View the original article here


View the original article here

Pekin Ada Bukti Hubungan Sharnaaz Dengan Uqasha

Posted by Admin

Pekin Ada Bukti Hubungan Sharnaaz Dengan Uqasha | Hari ini menerusi akhbar Kosmo, Pekin Ibrahim mengakui hubungannya dengan Uqasha sudah tamat dan dia mempunyai bukti bekas tunangnya itu menjalin hubungan sulit dengan Sharnaaz.

Pekin Ada Bukti Hubungan Sharnaaz Dengan Uqasha

Menurut Pekin, semuanya berpunca apabila dia mendapat bukti tentang Uqasha yang telah bermain kayu tiga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sehingga dia mengambil keputusan untuk berpisah pada minggu lalu.
Saya ingin berterus terang bahawa saya dah Uqasha tidak mempunyai apa-apa lagi hubungan, atau dengan erti kata lain kami sudah putus. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini. 
Kalau ikut perancangan kami, berkemungkinan besar akan berkahwin pada bulan Oktober 2014 tetapi dengan apa yang telah berlaku sekarang ini nampaknya ia tidak akan menjadi realiti.
Kata Pekin lagi, pada mulanya memang ada sedikit perselisihan faham kecil yang berlaku antara kami berdua dan bagi Pekin ia merupakan suatu perkara yang normal dalam sesebuah hubungan itu.

Namun begitu katanya, beliau tidak menyangka Uqasha tiba-tiba mengambil keputusan menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad dan sudah tentu ia suatu perkara yang sukar untuk diterima bagi diirnya.

Selain itu menurutnya, beliau mempunyai bukti yang bekas tunangnya itu menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz .
Ya, saya memang ada semua bukti yang menunjukkan Uqasha ada menjalinkan sulit dengan Sharnaaz. Jadi, dia tidak perlu menafikan mengenai perkara tersebut.

Lagipun, ia bukan kali pertama dia berperangai sedemikian dan ini sudah masuk kali yang ketiga. Sebelum ini saya masih mampu memaafkan dirinya tetapi untuk kali ini saya rasa lebih baik kami berpisah sahaja.

Pekin juga sudah bertekad untuk tidak lagi menerima diri Uqasha setelah apa yang berlaku sekarang ini dan beranggapan tiada jodoh antara mereka berdua. Pekin turut berpesan kepada Sharnaaz supaya menjaga Uqasha sebaik-baiknya andainya mereka memang benar-benar bercinta.
Secara jujurnya saya memang berasa sangat kecewa kerana sepanjang menjalinkan hubungan dengannya, saya tidak pernah bersikap curang.

Sepanjang kami bersama, saya berusaha untuk menjadi lelaki yang terbaik kerana saya serius mahu mengambilnya menjadi isteri saya.

Artikel Menarik
sumber
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2icLqqE8L 


View the original article here


View the original article here