Showing posts with label Hazama. Show all posts

October 27, 2013

Keluarga Tak Halang Hubungan Hazama Dan Genervie

Posted by Admin

type='html'>

penyanyi, pemain muzik violin, hazama, artis, hiburan, Gossip Artis,

Keluarga Tak Halang Hubungan Hazama Dan Genervie  | Kuala Lumpur, 25 OKT 2013: Penyanyi, Hazama Ahmad Azmi, 29, akui keluarga kedua-dua belah pihak tidak pernah menghalang hubungan cintanya yang terbaru bersama pemuzik wanita, Genervie Kam, 33.

Malah Hazama berkata dia dan kekasihnya yang berbeza agama itu sudah pun dibawa jumpa keluarga masing-masing.

"Keluarga saya mahu pun dia tidak pernah menghalang hubungan kami, malah kami sudah bawa berjumpa dengan keluarga masing-masing untuk diperkenalkan.

penyanyi, pemain muzik violin, hazama, artis, hiburan, Gossip Artis,

"Kami baru menjalinkan hubungan selama 6 bulan dan saya masih anggap kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing, namun tak dinafikan saya cukup selesa dengannya.

"Dia seorang yang sangat memahami akan diri dan kerjaya saya. Kami juga sekepala dalam banyak perkara mungkin kerana berada dalam satu industri.

"Malah, saya seronok bersamanya kerana kami banyak berbincang pasal muzik dan kerjaya bersama dan bukan hanya hendak bercinta sahaja,"katanya kepada murai.com.my selepas sidang media Anugerah Industri Muzik yang ke 20 (AIM 20) semalam.

Sejak awal bulan lalu, nama Hazama sering menjadi perbualan di kalangan media dan peminat kerana dikatakan sedang berkawan rapat dengan pemuzik itu yang juga seorsng pemain violin terkenal itu. Sebelum ini Hazama telah mejalinkan hubungan cinta selama 7 tahun dengan bekas kekasihnya.

Meskipun berbeza agama, Hazama memberitahu dia gembira kerana Genervie seorang yang terbuka dan minat untuk mengetahui beberapa perkara tentang agama Islam sejak mereka menjalinkan hubungan.

"Saya tak pernah memaksanya untuk mendalami agama Islam atau sebagainya sebaliknya saya lihat dia seorang yang suka bertanya mengenai beberapa perkara mengenai budaya Islam seperti mengapa orang Islam makan buah kurma ketika berbuka puasa.

"Saya hanya jawab dengan jawpan yang logik dan tanpa memberatkan dia mengenai Islam selebihnya. Terus-terang saya tidak mahu memaksanya untuk mendalami agama Islam atau memeluk Islam sebaliknya biarlah dia terima Islam dengan hati yang terbuka. Itu yang saya harapkan," luahnya lagi.


Mengenai perkembangan terbaru Hazama, dia sedang mempromosikan album Penglipur Lara dan bakal muncul dalam filem Hantu Nan Sempit tak lama lagi.

murai.com.my

View the original article here


View the original article here

Hazama Tak Paksa Kekasih Peluk Islam

Posted by Admin

Hazama Tak Paksa Kekasih Peluk Islam | Hazama yang kini sedang hangat bercinta dengan seorang pemuzik bukan beragama Islam mengakui yang beliau tidak pernah memaksa kekasihnya Genervie Kam yang ketika ini beragama Kristian memeluk Islam hanya kerana cinta.

Hazama Tak Paksa Kekasih Peluk Islam

"Saya tidak mahu memaksa dia untuk mendalami Islam dan memaksa dia untuk memeluk agama Islam semata-mata kerana saya.

"Kalau boleh biar dia sendiri yang memilih untuk mempelajarinya untuk diri dia sendiri. Namun apa yang saya lihat dia banyak bertanya tentang Islam dan budaya kita," katanya lagi.

Menurut Hazama, perbezaan agama dan bangsa tidak menjadi penghalang buatnya dan Genervie yang juga merupakan salah seorang anggota The Royale FT Force untuk menjadi lebih rapat. Malah, dia bersyukur kerana kedua-dua belah keluarga menerima hubungan mereka.

“Saya pernah jumpa keluarga dia secara santai dan saya sendiri pun pernah bawa dia berjumpa dengan keluarga saya. Setakat ini keluarga boleh menerima hubungan kami. Kami pernah berbincang mengenai isu agama dan dia seorang yang berfikiran terbuka.

Walau bagaimanapun, isu ini agak sensitif dan saya tidak paksa dia untuk peluk Islam. Kalau dia hendak peluk Islam biarlah dari hati, bukan sebab cinta. Bagi saya, dia seorang yang sangat baik dan perlahan-lahanlah kita doakan,” ujar Hazama menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

“Ikutkan hati memang nak kahwin cepat memandangkan umur saya dah nak masuk 30 tahun. Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin tapi masa tidak sesuai lagi kerana buat masa sekarang, saya nak fokus terhadap album dahulu. Lagipun, saya baru nak mula bertapak dalam industri ini dan banyak lagi yang perlu saya tempuhi.

Hazama

Selepas percintaan lebih enam tahun dengan seorang gadis biasa menemui jalan noktah, penyanyi popular, Hazama kini dalam proses mengenali hati budi pemuzik tanah air, Genervie Kam. Walaupun perbezaan umur mereka empat tahun, namun ia tidak menjadi isu buat jejaka berusia 29 tahun ini untuk mendekati wanita berusia 33 tahun itu.

“Kami baru berkawan dalam enam bulan dan masih dalam proses untuk mengenali dengan lebih rapat. Kami tengah mencari keserasian dan Alhamdulillah, proses berjalan lancar. Dia seorang yang sangat memahami dan saya selesa bersamanya kerana kami ‘sekepala’.

Kami banyak berbincang mengenai kerja dan ia menjadikan hubungan kami menjadi semakin rapat. Bidang kami juga sama dan ia membuatkan kami berdua saling memerlukan,” ujarnya lagi.

Saya mahu berada lama dalam industri ini dan mahu dikenali seperti Amy Search dan Ramli Sarip. Perkahwinan mungkin akan membataskan karier saya kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi namun, saya serahkan semuanya kepada jodoh,” luah Hazama lagi.

Artikel Menarik
    sumber
    http://www.gua.com.my/berita-artis/Hazama_Tidak_Paksa_Kekasih_Peluk_Islam.html

    View the original article here


    View the original article here