Showing posts with label Malaysia. Show all posts

October 27, 2013

[ Terkini ] Gadis tuntut 21 Billion dari Kerajaan Malaysia ?

Posted by Admin

Gadis tuntut 21 Billion , wah banyak sangat tu , kenapa yer, Jika nak ikut memang tak logik laporan ini namun itu lah yang berlaku .

Satu laporan polis yang tersebar di dunia online. Laporan yang dibuat di sebuah balai polis di Negeri Sembilan pada 17/10/2013. 

Sejauh mana keaslian salinan laporan polis ini masih diragukan namun boleh jadikan ia sebagai santapan santai kita semua. Kalau tak ada yang pelik-pelik sebegini tak seronok juga kan.

Seorang wanita bernama yang Khamsiah menuntut RM21 bilion kerana kononnya sudah dijanjikan sebelum dia lahir lagi bakal menerima wang berkenaan.

Disebabkan dia lahir di Malaysia, dia berhak menuntut wang berkenaan daripada Kerajaan Malaysia. Bagaimana agaknya perasaan pegawai polis yang nak menerima laporan tersebut.

Ha ha ha , macam -macam sekarang ni , jadi kita sebagai pengunjung laman sosial jangan terpengaruh dengan cerita-cerita yang tak masuk akal macam ni.


Cerita ini mungkin sengaja di reka oleh pihak-pihak tertentu untuk menambahkan kemeriahan dalam dunia it yang serba canggih dan pelik ini.

View the original article here


View the original article here

Kesha dilarang buat konsert di Malaysia

Posted by Admin


Kuala Lumpur: Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) pada 1 Oktober lalu, membuat keputusan menolak permohonan Konsert Kesha Warrior Tour yang dijadual berlangsung di Stadium Negara, malam ini.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang dikeluarkan semalam, keputusan penolakan terbabit sudah dimaklumkan kepada penganjur konsert berkenaan, Livescape Asia, pada 2 Oktober lalu.

Penolakan permohonan dibuat selepas PUSPAL mendapati persembahan penyanyi lagu Tik Tok yang popular sekitar 2009, menyentuh sensitiviti agama dan nilai budaya masyarakat Malaysia.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Livescape Asia, Jason Kong yang dihubungi berkata pihaknya memohon maaf kerana konsert berkenaan terpaksa dibatalkan pada saat akhir selepas ditolak PUSPAL.

MyMetro



View the original article here


View the original article here

October 26, 2013

Kelantan Vs ATm Pusingan Kedua Separuh Akhir Piala Malaysia 2013-25-10-2013-

Posted by Admin


Assalammualaikum...

Hari ni perlawanan pusingan kedua Kelantan Vs ATm  Separuh Akhir Piala Malaysia 2013...perlawanan pusingan pertama Kelantan menang 2-1 ke atas ATM..

Malam ni perlawanan akan berlangsung di Kota Baharu...ada salam 6-1 akan berulang...pastinya ATM akan memberikan saingan...MV sokong ATM...Chayok2....hehehehe...

Dan pastinya malam ni...temujanji dengan TV1...hehehe....Dan korang pula sokong siapa....Jangan lupa malam ni tau...


Kelantan VS ATM 
2-1

Malam ni kita tengok berapa pula jaringan yang akan terhasil....Ok Chayok2 kelantan & ATM

**tengah dengar bajet.....GST takkan ada pada barangan asas...alhamdulillah...

View the original article here


View the original article here

October 25, 2013

Pelajar Malaysia Di New Zealand Mogok Lapar!

Posted by Admin

type="html">
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang menuntut di sebuah sekolah berasrama di Nelson, New Zealand melakukan mogok lapar bermula semalam sebagai tanda bantahan apabila tidak dibenarkan pulang menziarahi neneknya yang sakit di Malaysia.

Sabrina Ng

Difahamkan, sebuah Mahkamah Keluarga di Nelson mengeluarkan perintah agar pasport remaja itu, Sabrina Ng disekat selepas ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya membuat permohonan melarangnya pulang ke Malaysia.

Bapa Sabrina, Ng Ghim Hwa, 51, ketika dihubungi Harian Metro berkata, anaknya sepatutnya pulang bersamanya ke Malaysia Sabtu lalu.

Bagaimanapun, katanya bekas isterinya, Ellen Cabiling Bonilla, seorang rakyat Filipina memohon kepada mahkamah keluarga di Nelson untuk mengenakan sekatan ke atas pasport anaknya dalam usaha mencegahnya pulang ke Malaysia.

Ng berkata, dia berkahwin dengan Bonilla pada 1998 sebelum isterinya meninggalkan dia bersama Sabrina pada 2008.

Sumber: Harian Metro


View the original article here


View the original article here

October 18, 2013

Rakyat Malaysia Antara Terkorban Pesawat Terhempas Di Laos

Posted by Admin

type="html">
Seorang rakyat Malaysia dari Pulau Pinang, Angelin Teh antara 44 mangsa yang dikhuatiri terbunuh dalam nahas pesawat terhempas di Pakse, selatan Laos pada Rabu.

Laos Airlines plane crash
Gambar bangkai pesawat milik Lao Airlines yang 
terhempas di Sungai Mekong, lewat malam Rabu.

Wanita itu dipercayai bekerja dengan sebuah firma guaman dan berkahwin dengan warga Amerika.

Mereka menetap di Laos sejak tiga tahun lalu.

Suaminya turut maut dalam insiden itu.

Kedutaan Malaysia di Laos mengesahkan rakyat Malaysia, Angelin Teh dalam senarai pesawat malang itu.

Bagaimanapun mangsa tidak mendaftarkan diri dengan pejabat kedutaan.

Seorang pegawai berkata, pihak kedutaan sedang menunggu maklumat lanjut dari syarikat penerbangan itu dan kerajaan Laos.

Punca nahas


Penerbangan QV301 dalam perjalanan dari Vientiane ke Pakse di selatan Laos membawa 44 penumpang dan lima anak kapal, menurut Kementerian Kerja Awam dan Pengangkutan Laos.

Pesawat itu tehempas akibat cuaca buruk kira-kira lapan kilometer dari lapangan terbang Pakse.

Senarai penumpang yang dikeluarkan syarikat penerbangan kerajaan itu hari ini mengandungi 44 orang iaitu 17 warga Laos, Perancis (7), Australia (5), Thai (5) Korea (3), Vietnam (2) dan masing-masing seorang warga Kanada, China, Malaysia, Taiwan dan Amerika Syarikat (AS).

-TheStar/AP


View the original article here


View the original article here