Showing posts with label Mangsa. Show all posts

October 23, 2013

(11 gambar) Muzium mayat mangsa HIV/Aids yang diawet

Posted by Admin

Muzium ini terletak di Wat Siam Lopburi, Thailand. Ia bertujuan untuk memberi tahu pada masyarakat, betapa mengerikannya HIV itu.












forum.viva.co.id


View the original article here


View the original article here

October 10, 2013

Robot cantik di pameran China jadi mangsa raba lelaki

Posted by Admin

Daily Mail

Khidmat robot perempuan berpenampilan cantik sebagai pemandu pelancong Pameran Kesenian China telah ditamatkan.Tindakan ini diambil setelah si robot sering diraba-raba pelancong dan mengundang kecemburuan banyak pengunjung wanita.

 Daily Mail melaporkan, Jumaat (4/10), robot ini awalnya bekerja selama pameran di Wilayah Liaoning berlangsung. Jurucakap pameran, Feng Kung, berkata pengunjung yang ramai jadi salah satu alasan mereka menggunakan robot.

 "Namun robot ini terlalu cantik sehingga pengunjung lelaki banyak yang meraba, bahkan ada yang menyingkap skirt dia untuk mengintip dalaman," ujar Kung.

Alhasil panitia pameran menamatkan khidmat robot itu dan kembali menggantikannya dengan manusia. Kalau pun mahu memakai robot maka dipilih robot lelaki.

Robot pemandu pelancong ini mengenalkan pameran pada pengunjung dan bertugas melayan soalan melalui pengenalan suara. Ini dilakukan sambil berjalan mengelilingi pameran.

merdeka.com

View the original article here


View the original article here

Suami Punya Angkara, Isteri Jadi Mangsa Rogol

Posted by Admin

Marahkan suami, isteri jadi mangsa. Itulah nasib malang menimpa seorang wanita apabila diculik dan dirogol oleh samseng yang diupah lelaki yang marah serta berdendam dengan suaminya.


Rogol

Gambar hiasan.

Mangsa yang berusia 28 tahun diculik ketika menikmati hidangan di restoran di Setapak, di sini, jam 3 pagi Ahad lalu, sebelum dirogol di satu kawasan hutan di pinggir ibu negara.

Sumber polis berkata, ketika mangsa asyik menjamu selera bersama suami dan keluarga mentuanya empat lelaki berpakaian serba hitam serta bersenjatakan parang dipercayai samseng upahan menghampirinya.

“Empat lelaki berusia 30-an itu nekad melarikan mangsa di depan suami dan keluarga mentuanya. Walaupun, ada cubaan menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana suspek bersenjatakan parang.

“Malah, seorang daripada suspek mengacukan parang di leher suami mangsa yang berusia 30-an,” katanya, semalam.

Menurutnya, keempat-empat lelaki terbabit mengikat mata dan tangan mangsa sebelum mengheretnya masuk ke dalam kereta, lalu dibawa pergi.

Sumber itu berkata, ketika di dalam kenderaan mangsa menangis dan merayu minta dibebaskan, namun tidak diendahkan suspek, malah mangsa diancam untuk dicederakan dengan parang.

“Empat penjenayah itu membawa mangsa ke kawasan hutan dan di situ mangsa diserahkan kepada seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang penculikan itu.

“Lelaki terbabit yang mengupah suspek menculik mangsa kemudian merogolnya. Selepas itu dia dengan selamba berkata menculik dan merogol mangsa kerana berdendam dengan suami mangsa,” katanya.

Menurutnya, selepas itu mangsa dibawa semula menaiki kereta oleh empat suspek yang menculiknya ke lokasi lain, tetapi di dalam perjalanan itu mangsa membuat helah mahu membuang air kecil.

Sumber itu berkata, apabila mangsa dibenarkan keluar kereta di satu perhentian rehat, seorang daripada penculik itu memberitahu dia kasihankan mangsa dan menyuruh mangsa melarikan diri.

“Mangsa meloloskan diri jam 9 malam hari sama. Dia dibantu sepasang suami isteri di hentian rehat itu dan dibawa ke ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan kejadian,” katanya.

Sumber: Harian Metro


 


View the original article here