Showing posts with label Rogol. Show all posts

October 22, 2013

Kasanova Tak Hensem Perdaya Dan Rogol 10 Wanita!

Posted by Admin

type="html">
Seorang mangsa setiap bulan. Itu purata gadis negara ini yang menjadi mangsa kelicikan seorang kasanova berasal dari Singapura yang setakat ini merogol dan memperdaya 10 mangsa sejak Januari lalu.

Rogol
Gambar hiasan.

Suspek baru berusia 25 tahun dan semua mangsa dipancing melalui Internet dengan memaparkan gambar lelaki berwajah tampan di laman Facebook (FB) sedangkan wajah dia sebenarnya tidak kacak, malah bergigi jongang.

Sumber polis berkata, lelaki berbangsa Cina itu juga bijak mengumpan mangsanya dengan menjanjikan peluang perniagaan serta kemewahan.

Menurutnya, semua mangsa lelaki kaki belit itu berusia 18 dan 19 tahun yang turut membabitkan gadis Melayu, Cina serta India.

“Mangsa terbarunya ialah seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berasal dari Johor yang membuat laporan polis 13 Oktober lalu mendakwa dia bukan saja dirogol, malah turut disamun hingga kerugian lebih RM2,000,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurut sumber itu, di dalam aduannya mangsa memaklumkan dia mengenali suspek menerusi laman FB pada Ogos lalu dan lelaki itu mengumpannya dengan pelbagai kemewahan termasuk mengajaknya menjadi rakan kongsi untuk membuka perniagaan kafe siber.

“Selepas dipujuk hampir dua bulan melalui FB, mangsa yang berasal dari Johor kemudiannya datang ke ibu kota pada 4 Oktober lalu untuk bertemu suspek.

“Mangsa tiba di Pudu Sentral kira-kira jam 8.30 malam dan disambut suspek, namun mangsa terkejut apabila mendapati wajah suspek bukanlah tampan sebagaimana dipaparkan di dalam FB, sebaliknya hodoh dan bergigi jongang,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang tidak mempunyai pilihan kerana tiada kenalan lain di ibu kota memberitahu dia terpaksa mengikuti suspek sebelum dibawa penjenayah itu ke sebuah hotel di ibu kota.

“Mangsa dikurung dalam hotel itu selama enam hari dan dirogol berulang kali. Pada 10 Oktober barulah mangsa berjaya keluar dari hotel itu selepas suspek menghilangkan diri ketika mangsa menunggunya di lobi hotel berkenaan untuk dihantar ke stesen bas.

“Suspek turut melarikan wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa bernilai RM2,200,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian pulang ke kampung di Johor dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.

“Kes berkenaan dirujuk ke Balai Polis Tun HS Lee dan sedang disiasat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya.

Harian Metro difahamkan, setakat ini pihak berkuasa belum berjaya menahan lelaki terbabit, namun usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

Sumber: Harian Metro

View the original article here

View the original article here

October 21, 2013

October 11, 2013

Ayah rogol 5 anak, ibu kata itu tradisi keluarga

Posted by Admin

Seorang ibu di India, Shakuntala Dhakar , hanya boleh diam mengetahui kebejatan suaminya yang merogol lima anak perempuannya. Dia hanya beritahu kepada anak -anaknya, tindakan ayahnya itu merupakan tradisi keluarga .

Suaminya Babu Lal Dhakar yang merupakan pegawai kerajaan di Rajasthan sudah berusia 62 tahun. Dia tega memperkosa kelima putrinya yang kini sudah berkahwin semua .

"Lelaki itu punya lima anak, yang semuanya sudah berkahwin. Kejahatan yang dilakukan terbongkar ketika anaknya melaporkan kepada kami dan mengajukan tuduhan pemerkosaan, penganiayaan, dan pelbagai jenis eksploitasi seksual ," kata Ketua Polis Bharatpur , Anshuman Bhumiya seperti dikutip Crazynews , Selasa ( 13 / 8/ 2013) .

Rogol itu berlaku selepas anak-anak perempuannya masuk ke kelas lapan dan berlanjutan sehingga tinggal di rumahnya di Desa Bayana , kira-kira 150 km dari Jaipur .

Sebelum melakukan perkosaan, Dhakar menunjukkan gambar -gambar porno kepada anaknya. Dia bahkan membawa putrinya itu ke pelbagai tempat di India , menempah hotel murah, dan menganiaya anak perempuannya. Pada masa yang sama, Dhakar mengancam akan melakukan perkara yang sama kepada anak yang lain jika menolak.

Anak perempuannya merahsiakan kejadian itu kerana takut keburukan keluarganya terbongkar. Tapi, bungkamnya kelima anaknya ada batasnya ketika si ayah juga melakukan perkara yang sama ke cucunya.

Seorang anak yang tak disebut identitinya mengatakan, dia dieksploitasi seksual antara 1999-2003 saat belajar di perguruan tinggi. Ketika hamil, ayahnya memaksanya menggugurkannya .

Sebenarnya mangsa sudah mengadukan kekerasan seksual dari ayahnya itu ke ibunya. Tapi, si ibu mengabaikan aduan dengan mengatakan kakak tertuanya juga dianiaya ayahnya dan itu adalah tradisi keluarga .

" Sang ibu menyarankan untuk tak bercerita kepada orang lain dan hanya melupakannya ," jelasnya.

liputan6.com 

View the original article here

October 10, 2013

Suami Punya Angkara, Isteri Jadi Mangsa Rogol

Posted by Admin

Marahkan suami, isteri jadi mangsa. Itulah nasib malang menimpa seorang wanita apabila diculik dan dirogol oleh samseng yang diupah lelaki yang marah serta berdendam dengan suaminya.

Rogol

Gambar hiasan.

Mangsa yang berusia 28 tahun diculik ketika menikmati hidangan di restoran di Setapak, di sini, jam 3 pagi Ahad lalu, sebelum dirogol di satu kawasan hutan di pinggir ibu negara.

Sumber polis berkata, ketika mangsa asyik menjamu selera bersama suami dan keluarga mentuanya empat lelaki berpakaian serba hitam serta bersenjatakan parang dipercayai samseng upahan menghampirinya.

“Empat lelaki berusia 30-an itu nekad melarikan mangsa di depan suami dan keluarga mentuanya. Walaupun, ada cubaan menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana suspek bersenjatakan parang.

“Malah, seorang daripada suspek mengacukan parang di leher suami mangsa yang berusia 30-an,” katanya, semalam.

Menurutnya, keempat-empat lelaki terbabit mengikat mata dan tangan mangsa sebelum mengheretnya masuk ke dalam kereta, lalu dibawa pergi.

Sumber itu berkata, ketika di dalam kenderaan mangsa menangis dan merayu minta dibebaskan, namun tidak diendahkan suspek, malah mangsa diancam untuk dicederakan dengan parang.

“Empat penjenayah itu membawa mangsa ke kawasan hutan dan di situ mangsa diserahkan kepada seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang penculikan itu.

“Lelaki terbabit yang mengupah suspek menculik mangsa kemudian merogolnya. Selepas itu dia dengan selamba berkata menculik dan merogol mangsa kerana berdendam dengan suami mangsa,” katanya.

Menurutnya, selepas itu mangsa dibawa semula menaiki kereta oleh empat suspek yang menculiknya ke lokasi lain, tetapi di dalam perjalanan itu mangsa membuat helah mahu membuang air kecil.

Sumber itu berkata, apabila mangsa dibenarkan keluar kereta di satu perhentian rehat, seorang daripada penculik itu memberitahu dia kasihankan mangsa dan menyuruh mangsa melarikan diri.

“Mangsa meloloskan diri jam 9 malam hari sama. Dia dibantu sepasang suami isteri di hentian rehat itu dan dibawa ke ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan kejadian,” katanya.

Sumber: Harian Metro

View the original article here