Showing posts with label Sempat. Show all posts

October 25, 2013

Sempat ajar mengucap

Posted by Admin

type='html'>

kemalangan. nahas jalan raya, batu gajah, berita,

Sempat ajar mengucap | Batu GajahSeorang penduduk sempat mengajar mengucap kepada mangsa kemalangan yang masih terbaring di belakang lori dengan motosikalnya terlekat di bucu lori dalam satu kejadian di Jalan Lumut-Ipoh berhampiran Kampung Tersusun Seri Khantan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Fauzi Kamaruddin, 46, berkata, dia terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat yang disangkanya tayar lori pecah di hadapan rumahnya ketika sedang berehat.


“Bila keluar, saya nampak lelaki ini terjatuh tapi motosikalnya melekat di bawah lori. Saya sempat ajarnya mengucap sementara menunggu ambulans sampai, namun mangsa meninggal tidak lama selepas itu.

“Saya mengandaikan dia tidak sempat mengelak lori berikutan sebelum itu, banyak lori lalu lalang melalui jalan itu. Lagipun, lori mengangkut sawit biasa pakir depan rumah kerana ada pejabat berhampiran sini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abd Latif berkata, mangsa Mohd Fadzhilah Azizi, 28, yang berasal dari Changkat Sodang, Seri Iskandar menunggang motosikal sendirian dalam perjalanan menghala ke Ipoh.

Menurutnya, hentaman kuat di bucu belakang lori berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa berkemungkinan tidak perasan lori yang diletakkan di bahu jalan lalu langgar tepat bucu belakang dan tersangkut di bawah lori. Ketika kejadian, pemandu lori tidak berada dikenderaannya,” katanya.


Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : duniaku-layan.blogspot.com


View the original article here


View the original article here

October 9, 2013

Sempat lagi raba punggung kakitangan perubatan meski pun dalam keadaan Sakit

Posted by Admin

Segamat: Seorang lelaki berusia 40-an yang menerima rawatan di sebuah klinik di Labis, di sini, akibat bengkak di telapak tangan kanan sempat mencabul seorang kakitangan wanita pusat perubatan berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit mendakwa tangannya itu amat sakit dan kesakitan berkenaan hanya mampu diredakan dengan memegang objek lembut saja.

Ketika mendedahkan perkara itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Murni, 29, berkata, dia lalu di sebelah lelaki terbabit sebelum terasa ada sesuatu di punggungnya.

“Lelaki terbabit sedang mendapatkan rawatan daripada doktor ketika saya berjalan di sebelahnya. Pada mulanya, saya menyangka seluar jean dipakai terkena pada bucu meja doktor.


MURNI bersama laporan polis dibuatnya selepas dicabul pesakit.

“Bagaimanapun, saya terkejut mendapati ia perbuatan lelaki itu yang meletakkan tangannya pada punggung kiri saya.

“Saya segera menepis tangannya dan terus memarahi lelaki terbabit. Doktor yang ketika itu sedang menulis laporan berkaitan penyakit lelaki berkenaan turut memarahinya,” katanya, semalam.

Menurut Murni, ketika ditanya, lelaki terbabit memberi alasan bahawa dia melakukannya bagi meredakan kesakitan pada tangannya.

Murni berkata, lelaki terbabit juga tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika dimarahi.

“Lelaki terbabit kemudiannya berlari keluar dari bilik rawatan. Ini kali pertama pesakit melakukan perkara kurang sopan terhadap kakitangan klinik ini,” katanya.

Murni kemudian melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada hari kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa berkaitan kejadian.

“Suspek masih dikesan dan dia dipercayai menghilangkan diri sejurus kejadian,” katanya.
Sumber myMetro

View the original article here