Showing posts with label Sendiri. Show all posts

October 27, 2013

Gambar body anak Melayu Disebar Oleh Boyfriend Sendiri ....

Posted by Admin


Gambar awek atau gadis melayu bogel makin tersebar di beberapa laman blog. Gambar bogel tersebut juga didakwa merupakan gambar peribadi dari telefon bimbit yang tanpa sengaja diupload oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut kajian, dipercayai teman lelaki kepada gadis melayu ini adalah orang yang bertanggungjawab atas penyebaran gambar bogel kekasih mereka. Ada yang sanggup meminta gambar bogel dari kekasih sendiri untuk jadi tatapan. Namun, apabila sudah putus cinta pihak lelaki akan mengugut untuk siarkan gambar peribadi mereka di internet.

Kepada kaum wanita, anda dinasihatkan supaya tidak memberikan gambar seksi atau peribadi anda mahupun kepada teman lelaki anda.


View the original article here


View the original article here

October 23, 2013

Arwah Noreen Tahan Sakit, Pandu Sendiri Ke Hospital

Posted by Admin

Arwah Noreen Tahan Sakit, Pandu Sendiri Ke Hospital | “Saya hanya mengetahui ibu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dihubungi pihak hospital. Saya bersyukur sempat berada di sisinya sehingga dia menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi (semalam),”

Arwah Noreen Tahan Sakit, Pandu Sendiri Ke Hospital

Begitulah kata Danial Baharuddin, 22, anak kepada pelakon dan penyanyi terkenal era 80-an, Noreen Noor, 54, yang meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur, akibat komplikasi buah pinggang dan jantung, jam 5.50 pagi, semalam.

Menurut Danial, arwah ibunya sebelum ini dalam keadaan baik dan hanya mengadu mengalami sakit di tangan kiri.

“Saya dimaklumkan ibu memandu sendiri ke hospital kira-kira jam 10 pagi semalam (kelmarin), sebelum itu dia tidak beritahu sesiapa mengenai tahap kesihatannya sebaliknya hanya mengadu sukar mengangkat tangan kiri.

“Saya hanya mengetahui ibu berada di sana selepas pihak hospital menghubungi pada sebelah petangnya, namun sebaik tiba dia sudah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya ketika ditemui di kediaman saudaranya di Kampung Pulai, Serkam, di sini, semalam.

Jenazah Noreen atau nama sebenarnya Noraini Mohamad Noor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai, Serkam, dekat sini, kira-kira jam 2 petang.


Terdahulu, jenazah anak keempat daripada lima beradik itu dibawa ke kediaman saudaranya di Kilometer 16, kampung itu untuk dimandi dan dikafankan sebelum disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman kampung berkenaan selepas solat Zuhur.

Antara rakan artis yang hadir ialah, Norshila Amin, Siti Fairuz dan Azizul Khamis serta komposer Eddie Hamid.

Selain Danial, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Siang Terbayang, Malam Merindu dan pernah berlakon beberapa filem antaranya Hantu Siang, Balik Kampung, Wira Angkasa dan Pelumba Malam turut meninggalkan anak angkat perempuan, Dania, 11.

Sementara itu, abang arwah, Rosli Mohamad Nor, 56, berkata, dia dimaklumkan mengenai kematian adiknya itu kira-kira jam 6 pagi semalam.

“Sejurus itu, kami memutuskan untuk mengebumikan jenazah di Kampung Pulai selepas Zuhur.

“Dia seorang adik yang baik dan sering mengambil berat mengenai keluarga dan kami terasa kehilangannya,” katanya.

Rakan rapat arwah, Halimaton A Jalil, 54, berkata, kali terakhir dia bertemu arwah 14 Oktober lalu ketika menemaninya berbuka puasa.

“Sabtu lalu saya ada mengajaknya ke hospital tetapi dia menolak, saya terkejut apabila seorang rakan telefon awal pagi tadi memaklumkan dia meninggal dunia,” katanya.


Artikel Menarik
sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pandusendirikehospital/Article/index_html

View the original article here


View the original article here

October 16, 2013

Eva Mendes Lancar Pakaian Jenama Sendiri

Posted by Admin

Pelakon Eva Mendes melancarkan koleksi rangkaian pakaian wanita miliknya di New York, Amerika Syarikat.

Eva Mendes

Katanya, ia adalah satu cabaran buatnya dalam industri fesyen.

"Cabaran utama adalah menjadikan wanita tampil cantik dengan koleksi pakaian saya," katanya seperti dipetik huffingtonpost.com.

Pelakon itu kelihatan menyerlah dengan pakaian rekaannya pada malam majlis pelancaran tersebut.

Dia berkata, tidak sabar untuk menerima maklum balas daripada pelanggan.

"Saya sangat serius dengan bidang fesyen ini dan tidak sabar untuk menerima pandangan wanita di luar sana, saya harap tidak mengecewakan mereka," katanya.

Sumber: mStar


View the original article here


View the original article here