Showing posts with label kembali. Show all posts

October 21, 2013

Justin Bieber Kembali Kepada Kekasih Lama

Posted by Admin

Nampaknya Justin Bieber sudah mula merasakan dia tidak perlu lagi mempertahankan hubungan cintanya dengan Selena Gomez apabila dia telah beralih kepada wanita lain.

Jacque Rae Pyles

Menurut laporan portal Zimbio, wanita yang dimaksudkan itu merupakan bekas kekasihnya (sebelum menjalinkan hubungan dengan Selina) bernama, Jacque Rae Pyles.

Pasangan ini sama-sama menghadiri majlis pembukaan New York Fashion Week minggu lalu dan Justin tampak senang duduk di samping wanita yang pernah bercinta dengannya pada tahun 2009 itu.

Malah, sebelum muncul bersama pada acara tersebut, Justin dan Jacque sempat menikmati makan malam bersama dan mereka juga telah pergi ke Las Vegas bersama.

Namun sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak pasangan itu mengenai hubungan berkenaan. -mStar


View the original article here


View the original article here

October 15, 2013

Seorang jemaah buta dapat melihat kembali selepas berdoa di Masjid Nabawi

Posted by Admin

Foto: Google

Madinah: “Allahu Akbar… saya boleh melihat semula,” jerit seorang jemaah dari dalam Masjid Nabawi di sini beberapa hari lalu.

Apabila jemaah lain mengelilinginya, dia memberitahu mereka sambil menangis gembira, penglihatannya tiba-tiba pulih selepas buta sejak lebih tujuh tahun lalu.


Fatima al-Mahi yang berusia lewat 60-an berkata, dia hilang penglihatan tujuh tahun lalu dan meskipun menjalani beberapa pembedahan, semuanya gagal untuk membantunya melihat semula.

Fatima tidak menjelaskan bagaimana dia buta tetapi ternyata kelihatan amat bersyukur kepada Allah kerana membenarkan dia melihat semula.


“Saya berdoa bersungguh-sungguh dan ikhlas di Masjid Nabawi, memohon kepada Allah supaya saya dapat melihat. Sebaik habis berdoa, saya mula melihat cahaya. Saya toleh ke kiri dan kanan dan dapat melihat masjid ini dengan jelas. Saya tidak dapat hendak menggambarkan kegembiraan saya apabila melihat anak saya yang mengiringi saya,” katanya.


Fatima berkata, dia kini dapat melihat semula wajahnya sendiri.

“Saya juga melihat anak lelaki saya yang turut menangis kerana gembira. Saya melihat jemaah Sudan lain dalam kumpulan kami. Kini saya dapat berjalan tanpa dibantu, seperti dulu,” kata wanita itu. - Agensi

MyMetro



View the original article here


View the original article here