Showing posts with label masuk. Show all posts

October 27, 2013

Air Ketuban Bocor - Isteri Ezad Lazim Masuk Wad

Posted by Admin

Air Ketuban Bocor - Isteri Ezad Lazim Masuk Wad | Ezad Lazim menghadapi saat mencemaskan dalam hidupnya sebelum bergelar bapa apabila isterinya Nor Azeana Ramli mengalami kebocoran air ketuban selain disahkan terdapat perbezaan jenis darah antara ibu dan bayi dalam kandungan yang baru sahaja mencecah tujuh bulan.

Air Ketuban Bocor - Isteri Ezad Lazim Masuk Wad

Menurut Ezad, pada mulanya dia bingung apabila dijelaskan doktor mengenai keadaan isterinya kerana ia merupakan kali pertama bakal menimang cahaya mata.

"Saya dan isteri tiada pengalaman dalam hal sebegini kerana belum pernah menyambut ahli baru dalam keluarga dan ingatkan keadaannya tidak serius tetapi apabila dijelaskan oleh doktor barulah saya menyedari ia serius.

"Nasib baik kami cepat merujuk masalah tersebut ke hospital dan isteri saya masih ditahan di Hospital Ampang untuk pemerhatian lanjut. Anak dalam kandungan pun selamat," katanya kepada mStar Online.

Ezad Lazim

Faktor jenis darah (Rh) yang berbeza antara ibu dan anak dalam kandungan kebiasaannya tidak terjadi untuk kehamilan yang pertama namun apabila keadaan itu berlaku, ia boleh mendatangkan komplikasi kepada bayi seperti masalah kekurangan darah (anemia) yang teruk.

Hampir 90 peratus perempuan Asia memiliki Rh positif, manakala hanya dua peratus perempuan Melayu dikesan memiliki Rh negatif.

Dalam perkembangan sama, Ezad berkata, isterinya menyedari air ketubannya pecah pada Selasa lalu dan telah pergi ke klinik untuk melakukan pemeriksaan.

Tambah Ezad lagi, doktor di klinik berkenaan telah merujuk kes isterinya itu ke Hospital Ampang kerana bimbang kandungan isterinya mengalami masalah walaupun belum tiba masa untuk bersalin.

"Pada mulanya saya dan isteri tidak terlalu bimbang kerana ingatkan ia perkara biasa bagi wanita mengandung namun apabila dirujuk ke hospital barulah kami mengetahui keadaan itu boleh membahayakan," katanya.

Air Ketuban Bocor - Isteri Ezad Lazim Masuk Wad

Sementara itu, Ezad berkata, isterinya kini berada dalam keadaan stabil dan doktor telah memberi suntikan untuk mengelakkan kelahiran pra-matang memandangkan usia kandungan wanita berkenaan baharu sahaja mencecah tujuh bulan.

Nor Azeana dijangka bersalin anak pertama mereka pada Disember depan. Ezad dan Nor Azeana iaitu wanita yang dipilih oleh ibunya telah bernikah pada 30 Mac lalu.

Artikel Menarik
        sumber
        http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/10/26/mstar_hiburan/20131025155209&sec=mstar_hiburan
        http://instagram.com/ezadlazim

        View the original article here


        View the original article here

        October 24, 2013

        Nikita Willy Pakai Dress Seksi Masuk Masjid

        Posted by Admin

        type='html'>

        Nikita Willy, bintang sinetron, artis indonesia, pelakon, hiburan, artis,

        Nikita Willy Pakai Dress Seksi Masuk Masjid | Nikita Willy hadir dalam ratusan hadirin yang datang pada malam akad nikah antara Olla Ramlan dan Aufar Hutapea di Masjid Kubah Emas, Cinere, Depok, Kamis lalu.

        Bintang sinetron ‘Putri Yang Ditukar’ itu datang dengan berpakaian agak seksi dengan bahagian bahunya terdedah.


        Penampilan Niki sedikit menjolok mata jika dibandingkan dengan tetamu wanita yang lain yang mengenakan busana tertutup, maklumlah di masjid.

        Niki mengaku agak terkeliru memilih pakaian, lantas memberi alasan tersalah pilih kostum.
        “Iya kemarin bingung pakai kostum apa. Terus pakai kostum yang ada aja,” katanya kepada wartawan.
        Nikita Willy, bintang sinetron, artis indonesia, pelakon, hiburan, artis,
        Gaun yang dipakai Nikita ketika hadir di masjib berkenaan

        Namun begitu, Niki tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu secara serius. Beliau cuba bersikap tenang dan percaya dengan penampilannya pada malam itu.


        “Biasakan kalau pesta perkawinan malem ya, makanya aku pakai kayak gini. Biarin aja deh, cuek aja,” kata kekasih pemain bola sepak Indonesia, Diego Michiels itu sambil tersenyum.

        Sumber : berita-harian.net

        Selamat Tinggal Kamera Digital

        View the original article here


        View the original article here

        Kalimah “Allah” Digunakan Untuk Pengaruhi Melayu Masuk Kristian?

        Posted by Admin

        type="html">
        Perdebatan mengenai isu kalimah Allah berterusan hari ini apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Islam Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mendakwa kalimah Allah digunakan untuk pendakwah Kristian mengembangkan agama mereka kepada umat Islam.

        Isu Kalimah Allah
        NGO Islam: Kalimah “Allah” digunakan 
        untuk pengaruhi Melayu masuk Kristian.

        Menurut Isma, isu kalimah Allah adalah usaha pihak Kristian untuk mengkristiankan orang Melayu melalui penerbitan mereka.

        "Jadi ia bukan isu orang bukan Islam boleh sebut atau tidak nama Allah. Akan tetapi isunya adalah, ada terbitan-terbitan bahasa Melayu yang diterbitkan oleh gereja yang kita rasa ia disasarkan kepada orang Islam," kata Naib Presiden 1 Isma, Muhammad Fauzi Asmuni.

        Menurut Muhammad Fauzi ini dapat dibuktikan apabila pihak Kristian berkeras mahu menukar perkataan Tuhan kepada Allah dalam penerbitan berbahasa Melayu mereka.

        "Dalam terbitan bahasa Inggeris, mereka tidak menukarkan God kepada Allah. Dalam terbitan bahasa Cina atau India, dia tak nak tukar pun perkataan itu kepada Allah, tetapi dikekalkan perkataan yang sama.

        “Hanya dalam terbitan bahasa Melayu sahaja mereka mahu tukarkan perkataan God kepada Allah. Oleh itu, apabila kita membincangkan isu ini, kita kaitkan bahawa ia adalah satu misi kristianisasi," katanya dalam wawancara khas yang diterbitkan oleh Isma dan diedarkan kepada media hari ini.

        Menurut Isma, isunya adalah penerbitan yang disasarkan kepada orang Melayu, di dalamnya ada perkataan Allah yang menggantikan perkataan ‘God’ bagi Kristian.

        Beliau seterusnya mempersoalkan, mengapa mereka mahu menukar perkataan God kepada Allah?

        Menurut Isma, orang Kristian sudah ada nama tuhan mereka sendiri dalam Old Testament, New Testament, dalam Injil dan Taurat yang lama, ada yang disebut sebagai Yehuwa, Yahweh, Adonai, Elohim dan sebagainya.

        "Itu nama-nama tuhan mereka, mengapa mereka tidak kembali kepada nama-nama itu? Itu satu persoalan, dan mereka nak tukar juga God kepada Allah," katanya.

        Katanya, jika mereka hendak menyelaraskan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu, perkataan God sepatutnya diterjemahkan kepada tuhan.

        "Allah bukan bahasa Melayu, ia bahasa Arab, atau ada setengah yang berkata ia nama khusus dalam bahasa Arab. Mereka bukan betul-betul bertujuan untuk selaraskan bahasa. Ia bukan setakat isu itu," katanya.

        Beliau membangkitkan pengalaman yang berlaku di benua India pada kurun ke-19, apabila Kristian datang ke sana, mereka terjemahkan Bible ke dalam bahasa Benggal.

        "Masyarakat di Benggal ada tuhan tempatan. Tuhan orang tempatan bernama Ishwar. Mereka pun terjemahkan God kepada Ishwar. Mengapa terjemahkan God kepada Ishwar?

        "Jadi maknanya, memang satu strategi untuk mengkristiankan orang tempatan mereka akan menggunakan nama tuhan orang tempatan," dakwa beliau.

        Memang orang Kristian sendiri mengakui bahawa masalah mereka dalam kristianisasi, adalah masalah linguistik, dakwanya.

        "Apabila mereka tukar kepada Ishwar, maka orang tempatan berasa kitab yang dibaca itu kitab mereka dan mereka tidak menolak pada peringkat awal. Mereka akan terus membaca," kata Muhammad Fauzi.

        Dalam membacakan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, salah seorang daripada tiga hakim yang membenarkan rayuan Putrajaya melarang Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya itu menyebut dalam penghakimannya bahawa terdapat arahan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 5 Disember 1986 melarang penerbitan bukan Islam menggunakan empat perkataan iaitu Allah, kaabah, solat dan Baitullah.

        Herald memulakan penerbitannya sejak 1994 dan KDN boleh memberikan peringatan dan surat tunjuk sebab kepada penerbit jika gagal mematuhi arahan itu.

        [Sumber]


        View the original article here


        View the original article here

        Buaya masuk supermarket bikin heboh

        Posted by Admin

         Buaya di Supermarket (Foto: WFTV)

        Seekor buaya sepanjang 1.8 meter  membuat pelanggan sebuah pasar raya di Bandar Apopka, Amerika Syarikat (AS) panik.

        Seperti diberitakan Telegraph, Rabu (23/10/2013), buaya itu dengan mudah keluar masuk melalui pintu automatik. Tidak ada yang tahu dari mana asal haiwan reptilia tersebut.

        Akhirnya seorang pekerja mengunci pintu automatik dan menelefon polis. Selepas polis datang, mereka cuba untuk membawa buaya itu ke luar kawasan pasar raya.

        Haiwan liar tersebut akhirnya dibuang ke hutan yang terletak di belakang supermarket.

        okezone


        View the original article here


        View the original article here

        October 17, 2013

        Mr Bean Masuk Islam Hanya Khabar Angin

        Posted by Admin

        Berita mengenai pelawak terkenal dunia, Rowan Atkinson yang popular dalam sitcom bersiri, Mr Bean dikatakan memeluk Islam sekadar khabar angin semata-mata.

        Rowan Atkinson

        Perkara itu disahkan jurucakapnya, Lucy Fairney dalam satu kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar dakwaan tersebut.

        “Setahu saya, Rowan tidak memeluk Islam,” kata Lucy ringkas dalam satu kenyataan e-mel.

        Sebelum ini, sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa Rowan telah memeluk agama Islam, baru-baru ini.

        Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem kontroversi, Innocent of Muslim.

        Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

        Beberapa sumber portal media pula mendakwa tokoh agama dari Tunisia, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Rowan.

        Sumber: Sinar Online


        View the original article here


        View the original article here

        October 8, 2013

        Nak masuk rumah hantu ini kena berbogel

        Posted by Admin

         

        Pennsylvania - Ada cabaran untuk mereka yang berani iaitu ' Naked and Scared Challenge ' . Sesuai namanya , mereka yang menerima cabaran ini harus masuk tarikan rumah hantu tanpa mengenakan pakaian sehelai pun . Ini merupakan sebahagian daripada agenda Shocktoberfest yang diadakan di Pennsylvania, AS .

        Menurut laman rasmi Shocktoberfest , Rabu ( 25/9/2013 ) , cabaran ini hanya boleh diikuti mereka berusia di atas 18 tahun. Pilih sendiri ingin ' nude ' ( tanpa busana sama sekali) atau ' prude ' ( mengenakan pakaian dalam).

        Cabaran ini diilhamkan oleh acara Naked and Afraid yang ditayangkan di Discovery Channel. Sebelum masuk ke tarikan rumah hantu, ada kawasan untuk melepas pakaian dan mengenakannya kembali di akhir pengembaraan .

        Naked and Scared Challenge dibuka tiap hari kecuali ahad , dengan tiket US $ 20. Cabaran seperti ini bukannya tanpa kontroversi. Namun pihak Shocktoberfest punya pembelaan dalam laman mereka.

        "( Cabaran ) ini bukan tentang seks. Segala gangguan dan perilaku seksual tidak akan kami toleransi, " kata mereka dalam laman webnya.

        detik.com




        View the original article here