Showing posts with label palsu. Show all posts

October 19, 2013

Henti Sebar Berita Palsu Serangan Sulu

Posted by Admin

type='html'>

ESSCOM, pulau banggi, kudat, sabah, berita, sulu, fitnah,

Henti Sebar Berita Palsu Serangan Sulu  | Pulau Banggi (Kudat) – Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek memberi amaran kepada pihak yang sering menyebarkan berita palsu tentang serangan Sulu supaya segera menghentikan kegiatan mereka.

Beliau berkata mereka bakal berhadapan tindakan undang-undang sekiranya terus mensensasikan berita berkenaan.

“Kita amat kesal kerana akhir-akhir ini wujud orang tertentu yang sengaja menyebarkan berita palsu melalui Internet, surat dan panggilan telefon bertujuan menakutkan penduduk,” katanya ketika berucap pada majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha Masjid Kampung Karakit, dekat sini hari ini.

Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Banggi Datuk Abdul Mijul Unaini dan Pengarah Bahagian Pertahanan Esscom Mej Jen Datuk Abdul Halim Jalal.

“Jika dengar cerita kurang baik, rujuklah kepada balai polis berhampiran atau rujuk kepada Esscom untuk mendapatkan kesahihan sama ada berita itu betul atau palsu,” katanya.

Mohammad turut mengajak penduduk pulau, khususnya di Pulau Banggi, supaya menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan maklumat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan kedaulatan negara.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan tindakan segera diambil untuk mengekang kemasukan penceroboh.

Katanya insiden serangan pencerobohan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu awal Mac lepas seharusnya diambil iktibar memandangkan keadaan sekarang tidak lagi sama seperti sebelum ini.

“Ancaman dan serangan boleh berlaku bila-bila masa, jika kita leka dan alpa menjaga kedaulatan dan keselamatan negara kita,” katanya.

Beliau berkata keluasan pantai Sabah sepanjang 1,773km dari Kudat ke Tawau dan bilangan 486 pulau di kawasan perairan negeri ini menjadi faktor pendorong kemasukan pendatang ke Sabah.

Mohammad berharap kesedaran tentang pentingnya pengorbanan sempena Hari Raya Aidiladha dapat membantu membuahkan hasil yang baik kepada diri dan masyarakat ke arah melahirkan negara yang aman dan sejahtera.


“Sesungguhnya pengorbanan sangat dituntut dan kita sama-sama harus bangkit dengan semangat ‘Badar Al-Kubra’ untuk berjuang mempertahankan kedaulatan negara dan mencari hidayah Allah,” katanya. – BERNAMA


Sumber : newsinfo2u.blogspot.com
Menangi Tiket Konsert KESHA Di Malaysia

View the original article here


View the original article here

October 15, 2013

Nenek panik hilang gigi palsu telefon bomba

Posted by Admin

LONDON - Seorang nenek dilaporkan telah melemparkan gelas yang dipenuhi air untuk memisahkan anjing berkelahi. Tetapi si nenek lupa dalam  gelas tersebut mengandungi gigi palsunya .

Dengan keadaan panik , nenek tersebut langsung menelefon bomba. Ternyata kejadian di atas bukanlah panggilan aneh pertama yang diterima pemadam kebakaran di London.

Dalam satu tahun ini , bomba di London telah menerima puluhan panggilan telefon yang dianggap lucu.

Panggilan lucu tersebut di antaranya adalah laporan soal telefon bimbit yang jatuh ke dalam tandas dan panggilan untuk membantu menukar tayar . Selain itu, mereka juga pernah menerima laporan adanya labah-labah yang merayap di bantal penghuni rumah.

Namun yang teraneh iaitu panggilan untuk menolong seorang lelaki yang kasutnya tersangkut di atas bumbung rumah . Akibat banyaknya panggilan tidak penting, pegawai kanan bomba London , Dave Brown bersuara.

"Cadangan saya, jika bukan dalam kecemasan jangan telefon kami . Kami ada untuk memberi respons kecemasan yang nyata. Apabila anda mencari tupai di dapur atau lupa menaruh kunci, sekali lagi jangan telefon kami ," tegas Brown seperti dilansir Metro , Sabtu ( 12/10 / 2013) .

okezone
 


View the original article here


View the original article here