Showing posts with label tayang. Show all posts

October 19, 2013

Isu Mat Yo Tayang Kalimah Allah, Blogger Ni Ada Masaalah?

Posted by Admin

Isu Mat Yo Tayang Kalimah Allah, Blogger Ni Ada Masaalah? | Tahniah terlebih dahulu diucapkan buat pasukan Malaysia yang berjaya mengekang Bahrain dalam perlawanan di Stadium Shah Alam Selasa lalu. Gol yang dijaringkan lawan mahupun Mat Yo lebih kurang sama sahaja cantiknya.

Isu Mat Yo Tayang Kalimah Allah, Blogger Ni Ada Masaalah?

Namun, bila Mat Yo menarik bajunya, tertera kalimah "Allah Always With Me" ada pula blogger Pakatan Rakyat yang mengatakan Mat Yo telah menghina penganut agama lain. Begitulah daifnya pemikiran blogger tersebut yangadmin terfikir, mungkin penulis blog tersebut bukan beragama Islam, hinggakan tengok bola pun sampai terbawa-bawa kisah politik dan tertulis didalam blognya. Apapun jom kita baca ulasan sentap blogger ini dibawah untuk kita nilaikannya bersama.
Kurang ajar!!!

Itulah komen pertama aku setelah melihat cara penyerang bolasepak kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) meraikan gol penyamaan yang dijaringkannya dalam perlawanan menentang Bahrain malam tadi.

Dalam keghairahan meraikan jaringan tersebut, Mat Yo menunjukkan baju dalamnya yang tertulis perkataan "Allah Always With Me" - seolah-olah mempersendakan penganut agama Kristian yang masih berduka kerana dilarang dari menggunakan kalimah Allah dalam satu keputusan paling kontroversi oleh Mahkamah Rayuan Isnin lepas.

Tindakan bodoh seumpama itu tidak boleh dimaafkan sama sekali dan Pakatan Rakyat mahu supaya pemain berkenaan disingkirkan dari pasukan kebangsaan.  Jelas disitu, dia tidak layak mewakili negara kerana mewakili pendirian yang hanya dijuarai oleh UMNO dan anjing suruhannya seperti PERKASA.

Bukan pendirian rakyat secara keseluruhan.

Lebih mengaibkan lagi, tindakan itu juga dilakukan di bumi Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat.  Pakatan Rakyat seperti yang kita semua tahu, menyokong penuh agama Kristian dalam soal menggunakan kalimah Allah ini dan membantah keras keputusan Mahkamah yang disifatkan sebagai zalim.

Malah Selangor adalah antara tiga negeri selain Pulau Pinang dan Kelantan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian (termasuk di dalam Bible versi Melayu) dan kebebasan beragama yang lebih menyeluruh, termasuk di kalangan orang Islam - pedulilah apa keputusan Mahkamah sekalipun.

Kalau boleh aku nak minta supaya Mat Yo diharamkan dari masuk ke Selangor tapi dikatakan, ikut undang-undang negeri, hanya Sultan Selangor saja yang ada kuasa tersebut.

Aku difahamkan Mat Yo terdesak nak membersihkan imejnya yang tercalar teruk berikut insiden isterinya bergaduh dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark September lepas.

Insiden memalukan yang tersebar secara meluas di laman Youtube itu, mengundang pelbagai hinaan, makian dan kejian dari rakyat Malaysia yang tidak boleh menerima sikap kurang ajar isteri Mat Yo terhadap pakcik pengawal keselamatan berkenaan.

Tapi kalau ia pun nak mengembalikan semula imej sendiri yang terjejas teruk, kenapa mesti nak menyentuh sensitiviti penganut agama Kristian dengan menunjukkan kalimah Allah tersebut?

Itu namanya nak cari pasal.

Maka itu tindakan yang sewajarnya harus diambil ke atas pemain tersebut atau Pakatan Rakyat sendiri tidak akan teragak-agak membawa isu ini ke Mahkamah kerana ia boleh disifatkan sebagai menghina Mahkamah berikutan proses perundangan berkaitan perkara tersebut yang masih berjalan.

Difahamkan pihak Gereja akan mengemukakan permohonan supaya perkara ini dirayu di Mahkamah Persekutuan pada bila-bila masa dari sekarang dengan bantuan para peguam yang dibiayai sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor sendiri.

Lagipun Mat Yo ini tidaklah sehebat mana, harap gaji saja besar.  Kawan memaklumkan kepada aku, pasukan yang diwakili Mat Yo dalam Liga Malaysia, JDT, tidak pun berjaya menjulang apa-apa piala dalam musim bolasepak tahun ini.

Oh ya, Johor adalah negeri yang diperintah UMNO, padanlah.
#Keranamu golmu Mat Yo, ahli politik tersentap habis...kekeke

Artikel Menarik
    sumber
    http://negarapakatanrakyat.blogspot.com/2013/10/kalimah-allah-mat-yo-perlu-dibuang-dari.html

    View the original article here


    View the original article here

    October 17, 2013

    Wawa Zainal Tayang Gambar Anak

    Posted by Admin

    type="html">
    Selepas kisah perkahwinan mereka terbongkar di media massa, nampaknya Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kini lebih terbuka berkongsi gambar permata hati mereka di laman sosial masing-masing.

    Wawa-Zainal_Ahmad Fakharuddin Attar

    Wawa telah berkongsi potret wajah anak mereka, Ahmad Fakharuddin Attar di laman Instagramnya, baru-baru ini.

    Anak mereka dilahirkan pada 24 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

    (Baca: Aeril Zafrel Nafi Terlanjur Dengan Wawa Zainal?!)

    Selain itu, Aeril sebelum itu juga memuat naik gambar tangan anaknya untuk tatapan peminat mereka berdua.

    Aeril juga menulis di Twitter mengatakan dia tidak kisah dihina oleh mereka yang memandang serong terhadap perkahwinannya.

    “Yang ingin menghina teruskanlah menghina, nak cakap apa pun cakaplah. Yang penting saya bahagia bersama anak dan isteri tercinta,” luahnya.

    Wawa-Zainal_Ahmad Fakharuddin Attar

    Semoga Aeril dan Wawa bahagia melayari bahtera rumah tangga dan anak mereka membesar dengan bijak dan sihat. (Mynewshub)


    View the original article here


    View the original article here

    October 16, 2013

    Sharifah Sakinah Tayang T-Shirt ‘Payudara’

    Posted by Admin

    type='html'>

    Sharifah Sakinah, gambar Sharifah Sakinah, pelakon, artis, kontroversi, gossip, video sharifah sakinah

    Sharifah Sakinah Tayang T-Shirt ‘Payudara’ | Tak sudah- sudah mengundang kontroversi berunsur lucah!!!


    Tidak cukup dengan video kontroversi dari aplikasi keek, terbaru, pelakon itu mengeluarkan pula gambar sehelai baju T bergambarkan payudara wanita melalui akaun instagram miliknya.

    Seharusnya, selaku seorang selebriti, Sharifah Sakinah tidak molek untuk menerbitkan sesuatu yang sensitif dan kontroversi seperti itu melalui sebarang akaun laman sosial.

    Sharifah Sakinah, gambar Sharifah Sakinah, pelakon, artis, kontroversi, gossip, video sharifah sakinah


    Tindakan seperti ini secara langsung menunjukkan sikapnya yang kurang matang dengan adat ketimuran.

    Sumber : berita-harian.net


    View the original article here


    View the original article here

    October 11, 2013

    Gambar Stacy AF6 tayang tubuh

    Posted by Admin









    stacy, penghibur, penyanyi, artis, hiburan, gambar hot stacy,



    Dulu beliau hanya seorang gadis genit yang meningkat naik nama setelah menang Akademi Fantasia musim ke 6. Stacy kemudian menjadi penghibur dengan genre muzik rancak dengan tarian yang cukup hebat.

    Kini sudah tiba masanya beliau mencari identiti dirinya sendiri. Transformasi dirinya memang nampak agak keterlaluan, tetapi apakan daya, mungkin itu yang dirasanya sebagai terbaik.

    Ada peminat yang menggelengkan kepala, malah ahli fan club pun tumpang semangkuk teringin nak menegur, tapi tak kurang juga yang memuji keberaniannya untuk tampil lebih seksi dan menggoda heh!

    Stacy kerap memuatnaik foto peribadi serta perihal kegiatan hariannya di akaun Instagram. Beberapa keping gambar beliau yang kini kian nampak kematangannya…



    stacy, penghibur, penyanyi, artis, hiburan, gambar hot stacy,


    stacy, penghibur, penyanyi, artis, hiburan, gambar hot stacy,


    stacy, penghibur, penyanyi, artis, hiburan, gambar hot stacy,










    stacy, penghibur, penyanyi, artis, hiburan, gambar hot stacy,






    Sumber : donnyien.com

     


    View the original article here