Sharnaaz Ahmad Bertumbuk di Tepi Jalan Raya?
Posted by Admin
Sharnaaz Ahmad Bertumbuk di Tepi Jalan Raya? | Terkini, dalam sebuah akhbar mingguan, muncul cerita yang Sharnaaz Ahmad didakwa telah bertumbuk dengan seorang pengguna jalan raya di MRR2 (Jalan Lingkaran Tengah 2) minggu lalu.
Tidak tahu benar atau tidak, hanya Sharnaaz yang mampu menjawabnya kerana kes tersebut tidak pula dibawa ke pihak berkuasa.
Ketika wartawan menghubungi Sharnaaz untuk mendapatkan pengesahan lanjut daripadanya. Sharnaaz dilihat mengambil langkah ‘mengunci mulut’ dan enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.
“Saya tidak mahu komen dan saya tidak mahu cakap apa-apa. Saya tidak berminat untuk menjawab soalan itu, tanyalah soalan lain,” katanya.
Disoal lagi, adakah keputusan ‘mengunci mulut’ diambil selepas dia belajar daripada pengalaman kontroversi yang lalu, selain cukup terkenal dengan sikap lantang dan berterus terang, pelakon itu memberi jawapan sakarstik.
“Tidak ada apa-apa yang perlu kita belajar jika kita sudah bijak,” jawabnya ringkas.
Nampaknya, Sharnaaz semakin meletakkan sempadan antara dirinya dengan pihak media serta khalayak.
Ujarnya, jika perkara yang dibincangkan tiada kaitan dengan kerjaya serta peminat, lebih baik dia berdiam diri.
“Saya hanya bercakap dengan orang yang memahami saya, jika tidak saya yang kena balik. Bukan- lah saya letak had tetapi tengoklah apa topik yang ingin dibincangkan.
“Jika isu itu tidak ada kena mengena dengan masyarakat, buat apa saya cakap,” balasnya.
Artikel Menarik
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2iTJlOXkS

- 11 GAMBAR - Fouziah Gous & Zhafran Berbulan Madu Menaiki Cruise
- Al Fatihah - Noreen Noor Meninggal Dunia
- "Adi Tak Pernah Guna Orang Bantu Gugur Kes" - Aida Yusof
- Status Terakhir Noreen Noor
- Sham Kamikaze Beri Penjelasan Kahwin Dua
- Liyana Jasmay Kini Hamil 2 Bulan
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2iTJlOXkS
View the original article here
0 comments: