Showing posts with label Ahmad. Show all posts

October 25, 2013

SAYA DAH JELASKAN PADA PEKIN - SHARNAAZ AHMAD

Posted by Admin

type='html'>
Ramai yang menyalahkan Sharnaaz Ahmad mengenai dakwaan hubungan sulit antaranya dengan Uqasha Senrose hingga hubungan Uqasha dan Pekin Ibrahim kononnya menjadi retak.

Namun terkini, Sharnaaz, 29, tidak pernah gentar... malah mengakui sudah bertemu dengan Pekin bagi menjelaskan perkara sebenar. Kata pelakon itu, tuduhan dia mempunyai hubungan sulit dengan Uqasha adalah satu fitnah kerana hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan sekerja.


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

View the original article here


View the original article here

Sharnaaz Ahmad Nafi Jadi Punca Hubungan Pekin-Uqasha Retak

Posted by Admin

Sharnaaz Ahmad Nafi Jadi Punca Hubungan Pekin-Uqasha Retak | Sharnaaz Ahmad menerusi akhbar Utusan.com menafikan dakwaan bahawa dia adalah orang yang menjadi punca keretakan hubungan antara pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose.

Sharnaaz Ahmad Nafi Jadi Punca Hubungan Pekin-Uqasha Retak

Tambah Sharnaaz lagi, dia tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut kerana hubungannya bersama Uqasha tidak lebih daripada sekadar rakan.

Tambahan, semua sedia maklum, Uqasha dan Pekin telah bertunang pada awal Julai lalu dan bercadang mendirikan rumah tangga tahun depan.

"Saya tidak tahu perkara ini. Saya hanya berhubung dengan Uqasha ketika di set pengambaran sahaja. Hendak kata mesej sampai ke rumah, rasanya tidak ada," kata Sharnaaz kepada Utusan Online di sini hari ini.

Mengenai dakwaan bahawa Uqasha ada ke rumahnya untuk menonton DVD, dia menegaskan, perkara itu tidak benar.

"Saya rasa, buat masa sekarang, lebih baik saya jumpa Pekin dahulu untuk mengetahui perkara sebenar. Kalau saya beri komen yang melampau tanpa mengetahui perkara sebenar pun tidak elok rasanya.

"Kes pukul pun tidak selesai lagi, sudah datang kontroversi baru. Banyak sangat kontroversi sampai saya pun sudah penat nak melayan semuanya," katanya berseloroh.


Sharnaaz sebelum ini banyak terpalit dengan kontroversi antaranya kes hangat percintaan antara dia dan penyanyi, Shila Amzah.

Bulan Februari lalu, dia mengeluarkan kenyataan kepada media supaya tidak mengaitkan lagi namanya dengan keluarga Shila Amzah yang menandakan berakhirnya hubungan percintaannya itu.

Artikel tentang Sharnaaz Ahmad dan Uqasha Senrose

Artikel Menarik
    sumber
    http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131023/hi_03/Saya-perlu-tanya-Pekin---Sharnaaz#ixzz2iYLSWFmc 


    View the original article here


    View the original article here

    October 23, 2013

    Sharnaaz Ahmad Bertumbuk di Tepi Jalan Raya?

    Posted by Admin

    Sharnaaz Ahmad Bertumbuk di Tepi Jalan Raya? | Terkini, dalam sebuah akhbar mingguan, muncul cerita yang Sharnaaz Ahmad didakwa telah bertumbuk dengan seorang pengguna jalan raya di MRR2 (Jalan Lingkaran Tengah 2) minggu lalu.

    Sharnaaz Ahmad Bertumbuk di Tepi Jalan Raya?

    Tidak tahu benar atau tidak, hanya Sharnaaz yang mampu menjawabnya kerana kes tersebut tidak pula dibawa ke pihak berkuasa.

    Ketika wartawan menghubungi Sharnaaz untuk mendapatkan pengesahan lanjut daripadanya. Sharnaaz dilihat mengambil langkah ‘mengunci mulut’ dan enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

    “Saya tidak mahu komen dan saya tidak mahu cakap apa-apa. Saya tidak berminat untuk menjawab soalan itu, tanyalah soalan lain,” katanya.

    Disoal lagi, adakah keputusan ‘mengunci mulut’ diambil selepas dia belajar daripada pengalaman kontroversi yang lalu, selain cukup terkenal dengan sikap lantang dan berterus terang, pelakon itu memberi jawapan sakarstik.

    “Tidak ada apa-apa yang perlu kita belajar jika kita sudah bijak,” jawabnya ringkas.

    Nampaknya, Sharnaaz semakin meletakkan sempadan antara dirinya dengan pihak media serta khalayak.

    Ujarnya, jika perkara yang dibincangkan tiada kaitan dengan kerjaya serta peminat, lebih baik dia berdiam diri.

    “Saya hanya bercakap dengan orang yang memahami saya, jika tidak saya yang kena balik. Bukan- lah saya letak had tetapi tengoklah apa topik yang ingin dibincangkan.

    “Jika isu itu tidak ada kena mengena dengan masyarakat, buat apa saya cakap,” balasnya.


    Artikel Menarik
    sumber
    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2iTJlOXkS 


    View the original article here


    View the original article here

    October 8, 2013

    Jangan Buat Fitnah! - Sharnaaz Ahmad

    Posted by Admin

     

    Demikian reaksi pelakon, Sharnaaz Ahmad, ketika diminta mengulas status Twitter bekas kekasihnya, Shila Amzah, yang dikemas kini oleh penyanyi berkenaan pada 29 September lalu.

    Tweet yang berbunyi, ‘Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu. Takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri..’ oleh Shila di laman Twitternya itu ternyata menimbulkan pelbagai tanda tanya apatah lagi dia turut mengakui pernah mengalami situasi seperti dalam filem berkenaan dan masih trauma dengan keadaan tersebut.

    Pengakuan anak dara ND Lala itu secara tidak langsung mengheret sama nama bekas kekasihnya, Sharnaaz yang sememangnya dikenali dengan sikap baran itu.

    Enggan dikaitkan lagi dengan penyanyi lagu Patah Seribu itu, Sharnaaz, 28, bagaimanapun menyuarakan kekesalannya dan menyifatkan Shila cuba memfitnahnya.

    “Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang-belakang ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri,” tegasnya.

    Meskipun hubungannya dengan Shila tidak kesampaian, aktor kelahiran Pulau Pinang ini berkata, dia sebenarnya sudah pun memaafkan bekas kekasihnya itu atas kemelut yang dialami mereka sebelum ini. Tegas Sharnaaz, dia juga tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Shila mahupun pada seluruh keluarganya.

    “Saya dah lama memaafkan 'mereka'. Tapi saya tak tau bagaimana pula di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikir kerja,” katanya.

    Sebelum mengakhiri perbualan, pelakon Juvana ini sempat memberikan kata nasihat khas buat bekas kekasihnya itu.
    “Let’s the moon judge. Saya pasti dia akan faham,” kata Sharnaaz.

    Dalam perkembangan lain, Sharnaaz yang sering memainkan watak antagonis dalam setiap lakonannya, kini sibuk dengan penggambaran drama 13 episod, Baby Yana untuk tayangan RTM. Selain itu dia turut membintangi filem Dollah Superstar di samping Awie dan Fizz Fairuz.

    "Selain kerja, saya juga kini bergiat aktif dengan kumpulan permotoran MSS Motorspot dan akan mula ke arena perlumbaan di Sepang pada 11 hingga 13 Oktober nanti," akhirinya.

    sumber : sinarharian.com.my


    View the original article here